SKRIP

DRAMA RADIO

TAJUK TAKBIR DI HUJUNG LANGIT
NILAI PENDIDIKAN

 

Kasih sayang dan maaf memaafi antara saudara dan keluarga

 

IDEA ASAL

PENULIS SKRIP/PENERBIT /PENGARAH

 

Mizoyake Abill

Noorazizah Ibrahim

 

DURASI 45 minit
WATAK  :

 

 

 

 

 

 

1. Aqmal – Aqmal Merican

2. Mak Bee – Syarifah Juariah

3. Mamumaidin – Abang Tanjung

4. Haqim –

5. Aida – Aida

6. Sofea – Atikah

 

SINOPSIS

Mengisahkan tentang Akmal yang sudah lama tidak pulang ke kampung halaman kerana merajuk dengan keluarganya.

Akmal terkilan lalu membawa diri ke Kuala Lumpur dan mencari pekerjaan. Berkat usahanya Akmal telah Berjaya membuka perniagaanya sendiri. Tetapi hari-harinya kosong kerana tiada keluarga yang dapat meraikan kejayaanya.

Hatinya memberontak untuk pulang tetapi ego dan perasaan marah mengatasi segalanya.

Kenapa Akmal merajuk dengan keluarganya? Apakah yang telah berlaku? Akmal terlalu marah pada siapa sebenarnya?

Dengarkan Drama “Takbir Di Hujung Langit”.

 

WATAK DAN PERWATAKAN

  • Aqmal – Aqmal Merican
  • Mak Bee –Syarifah Juariah
  • Mamu Maidin – Abang Tanjung
  • Haqiem – Nazrin
  • Leha – Aida
  • Sofea – Atikah
  1. 1 : Suasana Di Bandar (Di Café Aqmal)

 

2.AQMAL (bermonolog seorang diri)

Lagi 2 hari ja nak raya…tapi aku dok tang sini lagi…kalau aku balik penang mesti best.. dengan mak,abah dan member-member….

Tapi….tak aku tak kan balik…sampai hati depa buat kat aku macam tu…

 

  1. SOFEA

Jauh you termenung….ingat siape..sampai I sampai pun you tak sedar.

 

  1. AQMAL

Ehhh…..sofi, tak dak apa laa…I teringat kampung I ja

 

  1. SOFEA

Balik la.. raya kali nie…dah hampir 4 tahun you tak balik, tak kan you tak rindu family you kat penang.

Marah apa lama-lama sangat..macam mana, pun itu family you…Air di cincang tak akan putus.

 

  1. AQMAL

You tak faham hati i nie…dah retak seribu….i yang tau macam mana perasaan i nie…bila i diperlakukan macam tu oleh family i sendiri.

 

 

  1. SOFEA

Apa kata tahun nie you balik kampung untuk beraya bersama-sama family you….you kan dah janji nak bawa i jumpa family you…kalau i tak jumpa macam mana kita nak kawin.You pun tau family i nak sangat family you masuk meminang i kan.

 

  1. AQMAL

Tak…Tak..Sofi i tak kan balik….biar la bertahun pun…i tak mau jumpa abang i yang dah banyak menyakitkan hati i dan family i yang tak memahami kehendak hati i.

 

  1. SOFEA (Dalam Nada Merajuk)

Kenape la you nie…keras hati sangat…jadi you masih ingat  kekasih you kat penang lagi la nie…jadi apa guna you nak kan i….lebih baik kita putus saja..

You nie memang pandai berjanji…tapi dalam hati you tu masih ada dia….

 

  1. AQMAL

Ishhhhh…apa cakap macam tu….i dah lama lupa kat Aida tu…You pun tahu kan sebab dia i lari dari kampung i, mai KL nie cari kerja.

Kalau bukan sebab you yang banyak bantu i tentu i tak senang macam nie.

i sayangkan you…..yang tu muktamad

 

  1. SOFEA

Aqmal….You jangan sayangkan i sebab nak balas budi i.

I bantu you ikhlas..dan i tak pernah minta untuk dibalas

 

12.AQMAL

Yaa..i tau…..i pun ikhlas sayangkan you…

i dah lama kenal you…Sofi..tak dak sapa pun boleh pisahkan kita you tau…

 

  1. SOFEA

Kalau betul you cakap macam tu…raya kali nie, i nak you balik kampung…bawa i sekali, kalau you masih berkeras I akan putuskan hubungan dengan you.

 

  1. AQMAL

U ugut I ka nie?

 

  1. SOFEA

Nasib laaaa…..nak ke tak?

 

  1. AQMAL

Nanti la I fikir dulu…

  1. 17 : Suasana di Penang (kampung Aqmal)

 

18 . MAK BEE

(Menangis sambil anyam ketupat)

 

  1. MAMU MAIDIN

Nie pasai pa pulak dah..dok tak dok nangis….

Awat ketupat tu tak jadi ka…yang dok nangis tu.

Atau baju raya Bee tak siap.

 

  1. MAK BEE

Kalu masuk raya kali nie dan 3 tahun Aqmal tak balik raya…Nana…

Nana tak rindu anak kita ka…

Kadang-kadang Bee terpikiq juga..kita nie tak adil ka kat dia..buat sampai dia pi jauh dari kita.

Bee menyesal laaa Nana…

 

  1. MAMU MAIDIN

Apa yang Bee dok merepek nie…kita buat macam tu untuk kebaikkan dia jugak…kalau kita biaq dia kawin dengan Aida tu…depa nak makan apa..Aqmal tu bukan kerja apa pun..lagipun Aida tu tak suka dia…Aida suka kat Haqim.

Tak kan kita nak pi meminang Aida kat Aqmal…tentu kita pinang bagi kat abang dia dulu.

Haqim tu keja elok…boleh jaga anak orang.

Bee nak tengok hidup depa susah ka..kalau Aida kawin dengan Aqmal.

 

22: MAK BEE

Tapi kita dah buat hati dia terguris la Nana…

Kita tak bagi tau dia perkara sebenarnya…Nana pun tau..semua kat kampung nie dok gila kat Aida anak Meheran tu…

Tup..tup dapat kat haqiem…

 

  1. MAMU MAIDIN

Tu kan dah jodoh…sapa la kita nak halang jodoh.Haqiem tu kan anak kita jugak..Abang pada Aqmal…

sepatutnya Aqmal tak merajuk dan lari dari kampung…

kita pun dah banyak habis duit untuk dia.

Bukan dia kerja…habiskan duit kita ja.

 

  1. MAK BEE

Jadi Nana langsung tak kesian kat budak tu..entah apa jadi kat dia kita pun tak tau.

dia pi mana..hidup dia macam mana kat tempat orang.

 

25.PAK MAIDIN

Kalau dia ingat kat kita..tentu dia dah balik tengok kita. Sihat ka kita…hidup lagi ka kita..ada ka dia amik tau..nak kira hati dia saja..hati kita nie…sebagai mak bapak dia..macam mana pulak?

Dah la Bee..dah banyak kali kita bincang pasai nie..Nana pun dan naik muak dah…tiap tahun macam niee la…

 

  1. MAK BEE

(Kembali Menangis…Sambil berleter)

 

 

  1. 27 : Keesokkan Suasana Di Bandar (Di Cafe Aqmal)

 

  1. SOFEA

Macam mana you dah fikir..cadangan i tu

 

  1. AQMAL

Cadangan apa sofi….i tengah bz nie…orang ramai nie

 

  1. SOFEA

You jangan buat-buat lupa pulak…you lupa janji-janji you

 

  1. AQMAL

Ok…apa yang i janji dengan you..cuba you bagitau i?

 

  1. SOFEA

You!!!….

I nak you bawa I balik Penang raya tahun nie.Kenalkan I dengan family you,sebelum kita kawin.

 

  1. AQMAL

Sofi…i kan dah bagitahu you,banyak kali…jangan la paksa i.i tak kan balik….awat you tak boleh nak hormati keputusan i….

Kalau macam nie…macam mana kita nak kawin.

 

34.SOFEA

Ok….kalau dah macam tu keputusan you!! Biar kita putus saja…

Aqmal… i tak mau..perkahwinan kita tanpa ada family you…

Sedangkan family you masih ada…..apa kata saudara-saudara i nanti.

Baik!!…kalau you masih keras hati macam nie…bagi I tak guna kita kawin.

(Sofea terus meninggalkan Café)

 

  1. AQMAL (Monolog seorang diri)

Aduhhh….susah betoi macam nie…apa aku nak buat sekarang  nie…tak ikut nanti merajuk….kalau ikut aku kena berhadapan dengan orang-orang kampung..tambah-tambah lagi berdepan dengan Haqiem dan Aida…

Hrmmmmm…….

 

 

  1. 36:Suasana rumah Aida & Haqiem

 

  1. AIDA

Tahun nie kita nak balik raya ke berapa umah mak?

 

  1. HAQIEM

Ehhh!! Macam biasa la malam raya…awak nie macam tak biasa pulak… kita kan satu kampung…

 

  1. AIDA

Saya tau la bang….Tapi biar kita raya umah mak saya pulak kali nie..Mak tu.. hari-hari tanya.

Kan tahun lepas dah raya umah mak abang dulu.

Malam lepas raya, kita pi la umah mak abang pulak.Tido sana.

 

  1. HAQIEM

Mana boleh macam tu…awak kan tau, Mak dan Abah saya tak dak sapa, harap saya ja balik nak meriahkan raya.Awak tu lain la…ramai

 

41.SOFEA

Hrmmmm…Abang…saya serba salah…

Mak saya tu…nak saya, balik sana kali nie…sebab kakak dan abang saya, balik raya ke-3

Boleh la ya bang….

  1. HAQIEM

Aida…awak bagitau la kat mak awak…cakap elok-elok tentu dia faham…

Mak dan Abah harap kat kita saja…kesian la kat depa. Lain la kalau Aqmal ada.

 

  1. AIDA

Abang nie..tak pernah nak faham saya…saya dah banyak berkorban untuk abang…ikut semua cakap abang..

Tapi abang hanya pentingkan family abang ja..

Sepatutnya abang sebagai abang kena pi cari Aqmal…bukan biar semua perkara nie tergantung macam nie.

 

  1. HAQIEM

Hrmmmm….Baiklah kalau awak dah kata macam tu…nanti abang cuba bagitau kat Mak.

Abang bukan tak mau cari Aqmal…tapi abang tau dia marah sangat kat abang…lagi pun dia tu degil.

Awak ingat dia nak dengaq cakap abang.

 

45.AIDA

Cuba la abang cari dia…tentu mak dan Abah rindu kan dia..Aida pun rasa sangat bersalah….Aida pun perlu minta maaf kat dia.

 

  1. HAQIEM

Hurmmm…Buat apa Aida nak minta maaf kat dia..

Bukan Aida ada hati kat dia pun kan..

Yang dia terlebih-lebih tu buat apa?

Kalau dia balik pun hanya mengeruhkan keadaan.

 

  1. AIDA

Tak pa la Bang….nanti abang cuba la bagitau kat Mak tentang cadangan kita tu. Harap-harap mak setuju la.

Aida nak sambung kerja kat dapuq sat…

 

  1. 48 : (Di Apartment Aqmal)

 

49.AQMAL

(Bunyi deringan telefon Sofea..)

Hello…Assalamualaikum…

 

  1. SOFEA

Waalaikumusalam…

 

  1. AQMAL

Sofi…i nak minta maaf…Please jangan buat i macam nie…i sayangkan you..tak kan sebab benda kecik you nak putuskan hubungan kita.

 

 

 

  1. SOFEA

So…sekarang apa keputusan you…

 

  1. AQMAL

Ok….i bawa you balik penang…Sehari sebelum raya.ikut i jumpa Mak dan Abah i..

Tapi kalau depa masih macam dulu..i akan terus balik KL balik…you setuju?

 

  1. SOFEA

Ok…i setuju…yang penting you balik…

 

  1. AQMAL

Jumpa besok yea sayang…kat Café…

 

  1. SOFEA

Ok….you take care..Assalamualaikum…

 

 

  1. 57:Suasana Kampung Aqmal

 

  1. PAK MAIDIN (OFF MIC)

Bee….oooo Bee….

 

 

  1. MAK BEE (OFF MIC)

Awatnya Nana oiii…Bee ada kt belakang nie..

 

  1. PAK MAIDIN

Bee….tadi Nana jumpa besan kita kat surau…dia kata Haqiem dan Aida nak raya sana dulu…besok tu baru balik umah kita.

 

  1. MAK BEE

Nana jangan dok buat lawak…bulan2 posa nie…

Haqiem tu dah janji nak balik sini dulu, macam selalu…

Jadi Macam mana haji man, boleh kata depa nak raya sana pulak?

Nanti Bee nak call haqiem tanya dia sendiri.

 

  1. PAK MAIDIN

Biaq la depa nak balik mana dulu…kan setiap tahun depa dok balik mai sini…

Bagi la peluang depa balik sana pulak bee oii…

Lagipun kampung kita kan dekat-dekat, jerit pun dengaq.

 

 

  1. MAK BEE

Mana boleh macam tu Nana….Bee tak peduli depa kena raya sini dulu….dah la kita tak dak sapa…harapkan haqiem ja…

(dengan Nada yang sedih)

Kalau la Aqmal ada….tentu meriah..tak dak la sunyi macam nie…

 

  1. PAK MAIDIN

Tak payah la Bee dok ingat sangat, dia pun tak ingat kita dah…Bee dengaq sini, Nana nak habaq…kalau dia ingat kita, mesti dia dah balik kampung dia nie..

Yang marah dia pun, kita ja…mak bapak dia…bukan orang lain…

(Bunyi deringan telefon kedengaran)

Muzik Selingan – Masuk Part seterusnya…

 

  1. PAK MAIDIN

Hahhhh…bunyi telefon tu…Haqiem kot yang call tu

Bee pi la angkat..Cakap la elok2 dengan dia…

 

  1. HAQIEM

Assalamualaikum….

 

 

 

  1. MAK BEE

Waalaikumussalam…Haa Haqiem….betul ka apa yang Mak dengaq nie?

  1. HAQIEM

Apa yang Mak dengaq pulak nie Makkkk…..

 

  1. MAK BEE

Yang Haqiem, tak jadi balik malam raya..nak pi raya umah Pak metua hang dulu..Betoi ka?

 

  1. HAQIEM

Errrr….sapa yang habaq kat Mak nie…

 

  1. MAK BEE

Ba hang la….dia pi solat kat Masjid, Jumpa dengan Pak Metua hang…dia yang bagitau.

 

71.HAQIEM

Ya la Mak….Haqiem pun serba salah…tahun nie Aida kata nak raya, umah mak dia pulak

dah 3 tahun, kami tak balik, malam raya kat kampung Aida

 

  1. MAK BEE

Sampai hati Haqiem,rumah kita nie, dah la sunyi…kalu haqiem tak balik, malam raya, tahun nie, lagi la sunyi….

 

  1. HAQIEM

Laaaa…Makk…Haqiem tetap balik malam raya kedua…

Nanti kita makan la ramai-ramai.

Haqiem pun, kesian jugak dekat Aida tu…dia pun dah banyak berkorban…

 

  1. MAK BEE

Tak pa la, Haqiem…balik la bila rasa nak jumpa Mak dengan Ba hang…Assalamualaikum…

 

  1. HAQIEM

Waalaikumussalam…

 

  1. AIDA

Mak kata apa Abang….

  1. HAQIEM

Merajuk….

Muzik Selingan – Masuk Part seterusnya…

  1. 78 : (Di Apartment Aqmal)

 

  1. AKMAL (Bermonolog)

Ishhhh dah dekat 4 tahun aku tak balik..tiba-tiba nak balik apa yang aku nak bgtahu…kat mak dan ba

Apa yang aku nak beli bawa balik…

Sudi lagi ka depa terima aku..

(Bunyi dial telefon)

Hello…Assalamualaikum….

 

  1. SOFEA

Waalaikumussalam….Hai Akmal

 

  1. AKMAL

You..kat mana tu….i nak jumpa you satgi, boleh tak?…tempat biasa.

 

  1. SOFEA

Hurmmm….sebenarnya I ada meeting satgi…apa kata kita jumpa besok saja..lagi pun hari nie I agak busy skit.

 

 

 

  1. AKMAL

Tak kan la busy, sampai tak boleh nak jumpa…I ada perkara nak tanya you.

 

  1. SOFEA

Ok….malam nanti I jumpa you kat café ok.

 

  1. AKMAL

8.30 ok….

 

  1. SOFEA

Yer laaa….

 

  1. AKMAL

(mengelamun teringat kejadian di kampung yg membuatkan hatinya merasa sayu)

 

  1. 88 : (Imbas Kembali)

 

  1. PAK MAIDIN

Hang tu tak kerja…macam mana depa nak terima hang…kalau setakat bercinta tapi tak mau usaha cari duit macam mana nak kawin.

Jangan hang nak harap kami nie yang nak bagi duit kahwin untuk hang.

 

  1. AKMAL

Ba…kerja tu boleh cari…lagipun Aida dah berjanji dengan Akmal akan tunggu…dia tak kisah pun…kami boleh sama-sama bina kehidupan nanti..

Lepas kawin Akmal cari la kerja yang sesuai dengan kelulusan Akmal.

 

  1. PAK MAIDIN

Hang jangan nak malukan kami Akmal, Mak dan Ayah Aida tak mau…depa nak yang ada kerja tetap yang mampu jaga anak depa…tak kan hang nak suruh kami paksa depa.

 

  1. AKMAL

Akmal tau….tapi Ba dan Mak boleh yakinkan depa kan…bukan meminang Aida untuk Haqiem!!

 

  1. MAK BEE

Akmal…bukan kami yang meminang Aida untuk Haqiem..tapi family Aida yang nak Haqiem jadi menantu depa…Aida sendiri dah bersetuju.

 

  1. AKMAL

Akmal tak percaya….

  1. HAQIEM

Sudahlah Mal…dah orang tak mau..terima sajalah…

Hang tu, patut tengok diri hang dulu…tak kan Aida nak hidup susah dengan Hang…

Bunyi deringan Telefon

(Akmal tersentak dari renungan)….Satu pukulan yang cukup hebat buat dirinya….

 

  1. 96: (Suasana di Kampung)

 

  1. PAK MAIDIN

Bee…ooo Bee….buat apa la Bee nak merajuk dengan Haqiem tu…bukan depa tak balik raya…kalau tak balik raya kot la Bee nak merajuk…bagi la kebebasan kat depa sama..

 

  1. MAK BEE

Bee nie bukan apa Nana oiii…Bee rindu cucu kita Arisa tu,,Haqiem dan Aida tu nama ja dok dekat dengan kita…nak mai seminggu sekali pun payah..

Konon sibuk kerja…tak kan lah sibuk sampai tak boleh Tanya khabar kita nie….

 

  1. PAK MAIDIN

Hrmmmmm…anak-anak zaman la Bee…lagi pun kita tak tau kerja depa..kot-kot memang betoi depa sibuk.

 

  1. MAK BEE

Dah la Nana oiii..kalau layan Nana memang keja Bee tak siap…Nana memang suka sokong si Haqiem tu kan…

Kalau dulu Nana tak berkeras dengan Akmal…mesti dia tak lari dari kampong macam tu saja.

 

  1. PAK MAIDIN (Dengan Nada Agak Marah)

Ehhhh Bee!! Berapa kali Nana nak habaq kat Bee….Jangan dok cakap tentang Alkmal tu.,.dia sendiri tak ingat kita…

Buat apa kita nak pikiq tentang dia…lanie Bee pikiq sendiri apa yang Nana kata nie….

 

  1. MAK BEE

Kalau Nana tak boleh bawa Akmal balik biaq Bee ja la yang pi cari dia…

 

 

  1. PAK MAIDIN (dengan Nada Agak Marah)

Kalau Bee,berani pi la cari…kat mana…kalau KL Bandar besaq tu tang mana Bee nak cari…

Huhhh…Cakap kita tak mau dengaq.

 

  1. 103 : (Perbualan antara Akmal Dan Sofea)

 

  1. SOFEA

Hai Mal…ehh…awak monyok je muka you nie…kata nak jumpa I berbuka sekali…dah jumpa monyok pulak?

 

  1. AKMAL

Hurmmm…I pun tak tau nak mula macam mana Sofi…

I rasa macam berat hati ja nak balik raya nie…I rasa family i dah lupakan i…

I nak buat apa kalau depa tak boleh nak accept i.

Fikiran i bercelaru…tambah-tambah lagi kalau I ingat balik apa yang berlaku dulu tu…hati I nie sakit sangat you tau….

 

 

 

  1. SOFEA

Jadi sekarang…you nak kata yang you tak jadi nak balik pulak…

 

  1. AKMAL

Bukan macam tu, maksud i Sofi..i cumaaa tak tau apa yang i perlu buat lanie, perasaan I berceramuk..

 

  1. SOFEA

Akmal….i faham perasaan you…i kan ada,…i akan tetap bersama-sama you, walau apa yang berlaku..ini janji i pada you.

 

  1. AKMAL

Thanks Sofi…you dah banyak bantu i…tak tau macam mana nak balas semuanya

 

  1. SOFEA

I tak perlukan balasan…i bantu ikhlas…cukuplah sekadar you ikhlas dengan i, dan sanggup jaga i nanti.

 

 

  1. AKMAL

In Syaa Allah,…sayang i pada you tak akan pudar

 

  1. SOFEA

Ehhhh…dah Azan tu jom berbuka.

 

Muzik Selingan – Masuk Part seterusnya.

  1. 113 : (sehari sebelum Raya)

 

  1. SOFEA

Assalamalaikum….Akmal….apa yang lambat sangat you nie,semalam kata nak keluar pukul 9 pagi nie dah pukul 10…

 

  1. AKMAL

Ya….sattt….dah siap nie…

 

 

116: SOFEA

Nanti lambat pulak kita sampai Penang..

 

 

 

  1. AKMAL

Sorry…banyak barang i nak ambik..takut tertinggal

Tak pa, asal kita selamat sampai ja….

I yang drive kan..lagi pun sampai Penang nanti, i dah book 2 bilik hotel, untuk you dan I,…kita hanya akan balik kampung i, pada malam Raya.

 

118 . SOFEA

I follow you ja…asal you, jangan ubah plan, last minit tak jadi sudah….

 

  1. AKMAL

Tapi kalau kedatangan kita tidak diterima kita akan balik KL malam tu jugak…You setuju?

 

  1. SOFEA

Ok..I follow you…tapi hati i, berat kata family You pasti terima you…

 

  1. AKMAL

In Syaa Allah, i harap macam tu….you pun tahu kan…hubungan i, dengan abang i memang tak baik selepas kejadian tu..

 

  1. SOFEA

Yer la En Akmal….Dah…jom gerak…nanti lambat sampai hari pun dah gelap…

  1. AKMAL

I harap jalan tak sesak la….

 

  1. SOFEA

Ehhh…you ingat lagi kan, jalan balik rumah you?

 

  1. AKMAL

Ingat laa….kampung i tak kan i lupa….

 

  1. SOFEA

Oklah,…I nak tido, you pandu hati-hati tau..letih nanti berhenti…

 

 

Muzik Selingan – Masuk Part seterusnya.

  1. 127 : (Petang Raya)

 

  1. MAK BEE

Sunyi ja,rasanya malam Raya kita nie Nana. Tengok rumah lain meriah sungguh.

 

 

 

 

  1. PAK MAIDIN

Tak pa lahhh..Nak buat macam mana..besok nanti kita pi jalan-jalan rumah jiran-jiran..hilang sikit perasaan sayu Bee tu..

 

  1. MAK BEE

Tak sama la Nana…Bee nak anak-anak kita balik…

 

  1. PAK MAIDIN

Nanti balik la Haqiem tu….buat apa la Bee dok risau sangat…

Raya kedua nanti, Bee jumpa la cucu kesayangan Bee tu.

 

  1. MAK BEE

Ikut hati..Bee nak Akmal dan Haqiem ada sama….baru la hati Bee senang dan ada rasa nak raya.

Bee masuk dulu….nak tengok kuih kat dapuq tu….

 

  1. PAK MAIDIN

Hrmmmm…Ya la Bee…

Ehhhhh..Bee..bee.. nampak macam kereta Haqiem tu…

 

  1. MAK BEE

Jangan nak merapu la nana…dah kata tak balik tak kab tiba-tiba nak balik pulak…

  1. PAK MAIDIN

Kita cakap betui-betui dia kata kita main-main pulak..

 

  1. MAK BEE

Ya la Nana….tu kereta haqiem tu…

Alhamdulillah balik jugak dia…

 

Bunyi enjin kerete berhenti dan pintu dibuka dan ditutup.

 

  1. HAQIEM

Assalamualaikum….Ba..Mak

 

  1. PAK MAIDIN & MAK BEE

Waalaikumussalam…

 

  1. MAK BEE

Alhamdulillah…balik juga hampa…malam raya macam nie…

 

 

 

 

  1. AIDA

Mak sihat? Kami nak minta maaf sebab buat mak dengan Ba rasa sunyi malam-malam raya macam nie…

 

  1. HAQIEM

Ya la Mak…Haqiem tau mak merajuk dengan kami…

Tadi kami dah singgah kat rumah Aida…ramai..semua kakak dan abang dia balik…jadi kami ambik keputusan balik sini…untuk teman mak dengan Ba.

 

  1. AIDA

Yer mak Aida pun tak kisah Aida balik sini….

Maafkanlah kami mak…kami janji tak kan biaq mak dan Ba sunyi waktu raya…Aida pun dah tak kisah lagi balik mana-mana pun…

 

  1. MAK BEE

Mak terharu sangat…sebab Aida dan haqiem sudi balik mai…

Mak pun faham..tapi mak rindukan satu-satunya cucu mak nie…

 

 

  1. PAK MAIDIN

Dah..dah…jom kita pi tengok apa yang boleh kita buat malam satgi…boleh dah prepare untuk nak buat lemang ka…ketupat ka…

 

  1. HAQIEM

Haaa…elok jugak tu…jom Ba kita pi stanby semua malam nanti kita bakar ja lemang tu.

 

  1. AIDA

Hurmmm…kalau lemang yang Ba buat sapa boleh kata tak sedap…makan sekali pasti makan berkali-kali….

 

(SEMUA KETAWA)

Muzik Selingan – Masuk Part seterusnya.

  1. 147 : (Malam Raya – selepas berbuka puasa)

 

  1. MAK BEE

Alhamdulillah….dah sampai hujung-hujung puasa kita nie…sayu rasa nak lepaskan bulan Ramadan…

Lagi sayu rasanya bila Akmal tak dak dengan kita…

 

 

  1. HAQIEM

Kami kan ada mak….kami boleh jaga mak dan Ba…tak payah la mak harap kat Akmal tu…dia memang dah lupakan kita.

 

  1. PAK MAIDIN

Dah la…Bee…jom pi solat maghrib dulu…kalau besok raya, satgi kita turu ramai-ramai bakarlemang dan rebus ketupat.

 

  1. 151 : (Malam Raya)

 

Pengumuman raya…Setelah diperkenankan…..

 

  1. PAK MAIDIN

Besok dah raya…Banyak lagi kerja kita belum siap nie…jom la haqiem kita bakar lemang dulu…

Bee dengan Aida boleh la rebus ketupat dan buat rendang.

 

  1. AIDA

Ya la Ba….besok nie ramai jugak nak singgah mai sini…Kakak dan Abang Aida….mak dan abah pun…

Depa tu suka sangat dengan lemang..ketupat dan rending yang Mak dengan Ba buat…

 

Sedang masing-masing sibuk dalam menyediakan lemang..ketupat dan rendang…

Muzik Selingan – Masuk Part seterusnya.

  1. 154 : (Malam Raya – bunyi enjin kenderan masuk)

 

  1. PAK MAIDIN

Ehhh…kereta sapa pulak tu…

 

  1. HAQIEM

Yer la Ba…Plat KL tu Ba….Sapa pulak malam-malam nie…

 

(bunyi enjin kenderan Berhenti)

 

  1. SOFEA

Akmal…kita dah sampai..you turun la dulu…jumpa mak dengan Abah you…I akan tunggu kat luar dulu…

Apa-apa sahaja yang berlaku i akan tetap ada dengan You.

 

  1. AKMAL

Thanks Sofi…..Fuhhh…(Bunyi pintu kereta dibuka dan ditutup)

 

  1. MAK BEE

Ehhhhh….Nana….tengok sapa balik tu…Nana!!!

Ya Allah Akmal….Akhirnya mal balik jugak..jumpa mak…

 

 

  1. AKMAL

Assalamualaikum….

 

  1. MAK BEE & AIDA

Waalaikumussalam

 

  1. AIDA

Abang Akmal…..

 

  1. AKMAL

Mak!!…Ba…Maafkan Akmal…kerana selama 3 tahun Akmal menghilangkan diri…

 

  1. PAK MAIDIN (dalam Nada yang agak marah)

Baru lanie hang nak ingat kat kami…Mak hang tu, hari-hari rindukan hang…hang tak pikiq semua tu…

Dah lanie baru nak balik buat apa…

 

165.AKMAL

Memang Akmal yang salah,lari dari sini sebab ikut hati muda Akmal…tak dapat terima apa yang berlaku terhadap Mal…

 

  1. HAQIEM

Ehhh..nie hang balik nak buat apa lagi…kat sini tak dak tempat untuk hang…

  1. MAK BEE

Haqiem!!!…Apa cakap macam tu…Adik hang Akmal nie dah banyak berkorban untuk hang…walau pun dia, keluaq dari kampung nie sebab kecewa dengan hang…

Dia memang ada bagitahu mak…sebelum dia keluaq…

Dia nak hang bahagia dengan Aida jika itu dah jodoh hampa…dan tentang dia..jangan dirisaukan..

 

  1. AIDA

Dah la bang…jangan la berdendam lagi…hari baik bulan yang baik macam nie, patutnya kita bermaafan…

Abang Akmal pun dah minta maaf tu…

 

  1. HAQIEM

Ahhhh…sudah lahhhh….kalau dia balik nak ungit balik kisah lama semua, baik tak payah balik

awak tu suka la…sebab kekasih lama awak kan…

 

  1. AIDA

Astrafirullah hal Azim….apa yang abang cakap nie…

Tak terlintas di hati Aida la bang…cuba la bawa istiqfar abang

 

 

 

 

  1. AKMAL

Tak terlintas untuk Akmal, nak ungkit kisah lama…lagipun Akmal balik sebab rindukan Mak..Ba..Akmal tau, Akmal memang bersalah dan Akmal balik nak minta maaf sangat, dan nak perkenalkan teman Akmal Sofea…nak minta restu Mak dengan Ba.

 

  1. MAK BEE

Sudah-sudah..jom Akmal mai kita naik atas….mak rasa seronok sangat sebab Akmal dah balik…Mana Sofea panggil dia sekali, mak pun nak sangat berkenalan dengan Sofea.

Hari nie, tak dak sapa boleh halang Mak,…Nana pun…Bee nak Akmal raya dengan kita tahun nie…Mai Mal…

 

Muzik Selingan – Masuk Part seterusnya.

  1. 173 : (Malam Raya – perbualan antara Sofea,Akmal,Aida dan Mak Bee)

 

  1. SOFEA

Assalamualaikum….Makcik saya Sofea

 

 

 

 

 

  1. MAK BEE

Oooo..yang nie ka yang namanya Sofea…Cantik…Pandai Akmal pilih

 

  1. AKMAL

Mak…..Sofea nie banyak bantu Mal..masa Mal baru-baru sampai di Kl dulu..Bantu Mak bukak Café…

Dan macam-macam lagi…kalau tidak tentu Mal tak ada kat tahap nie.

 

  1. MAK BEE (Dalam Nada Sedih)

Betoi ka…Sofea…Mak bersyukur sangat sebab Mal jumpa dengan Sofea…Hanya tuhan yang tahu macam mana Mak punya risau kan Akmal…ntah makan ka tak ka…tido mana….

Lanie mak lega dah dengar Akmal dan Berjaya.

 

  1. AKMAL

Sebenarnya Akmal dan nekad untuk kerja bersungguh-sungguh kat Café Bapa Sofea…dan bila Mal dah semakin Berjaya..Maka bapa Sofea bagi Mal modal sikit dan dengan pinjaman bank Mal dapat bukak Café sendiri…

 

 

 

 

  1. AIDA

Wahhhh..Abang Akmal dah ada café lanie…Alhamdulillah sebab abang dah Berjaya.

 

  1. MAK BEE

Mak rasa terharu dengar…nanti boleh la Mak..Ba…semua pi kat Café Mal kat KL tu.

 

  1. HAQIEM

Kalau dapat sponsor macam tu sapa-sapa pun boleh bukak café…tapi kalau masih maalas apa kerja pun tak jadi

 

  1. SOFEA

Maaf yer abang…Café tu memang hasil usaha Akmal…dan untuk pengetahuan Abang Café Akmal tak pernah kosong..malah dah terkenal sekitar KL

Bukan itu saja…pernah masuk TV dan ramai jugak artis yang makan kat sana.

 

  1. PAK MAIDIN

Sudah la..dah lewat nie…pergi la tidoq dulu…besok saja la sambung…

Lagpun besok nak bangun awai kan…solat hari Raya lagi..

 

 

 

  1. MAK BEE

Haaa…mai la….mai sofea makcik tunjuk bilik na…

Akmal tak pa dia boleh tidoq kat ruang tamu tu.

 

Muzik Selingan – Masuk Part seterusnya.

  1. 185 : (Pagi Raya)

 

  1. AKMAL

Mak..Ba…Akmal nak minta ampun dan maaf…seandainya ada perkara-perkara yang berlaku selama nie…datangnya dari kesalahan Akmal…Sebenarnya bukan niat Akmal..setiap hari setiap saat ingatan Akmal hanya pada Mak dan Ba…

Sebenarnya Akmal harus ucapakan terima kasih pada Sofea yang selalu paksa Akmal balik kampung…Cuma hati Akmal yang takut…nak balik…takut tak diterima

 

  1. PAK MAIDIN

Buat apa hang nak takut…kalau hang tak bersalah..sebenarnya Ba bukan nak marah Akmal tetapi sampai 3 tahun Akmal tak balik dan tak ingat kami..itu yang buat Ba rasa terkilan.

Tetapi apabila Ba tau yang hang dah banyak berkorban dan dah Berjaya..Ba bangga dengan Hang…Ba pun nak minta Maaf sebab selalu marah hang..dan banyak menangkan Haqiem.

 

 

 

  1. AIDA

Abang Akmal…..Aida pun nak minta maaf sebab…Aida mungkir janji dengan Abang Akmal…tetapi waktu tu Aida terpaksa terima keputusan Mak dan Abah Aida…dan pada ketika itu memang Aida nak terangkan pada Abang…tetapi apabila Aida nak bagitau..Abang dah tak dak kat kampung nie..

Memang Aida sayang abang,waktu tu, tetapi abang Haqiem lebih sesuai dengan Aida waktu tu.

 

  1. AKMAL

Dah la Aida..abang pun tak ingat apa dah…

Abang dah lupa dah semua tu…yang lepas biar la lepas.

 

  1. AKMAL

Haqiem…aku pun nak minta maaf, kalau aku ada buat salah..Aku harap hang boleh la maafkan aku…apa yang terjadi tu aku dah lama lupakan..

Tentang aku dengan Aida tu…aku harap hang dah pun jelas dengan apa yang Aida jelaskan…

Memang satu ketika kami pernah berkawan…tetapi lanie aku hormat dia sebagai kakak ipaq aku..

 

 

 

 

 

 

  1. HAQIEM

Dah laa….aku pun sama jugak…lupakanlah apa yang jadi

Aku pun gembira, hang dah balik jadi Mak dengan Ba tak la suruh aku pi cari hang ja….

Kalau tidak tiap kali raya memang aku dan Aida la jadi mangsa…

Lanie hang dah ada…jadi hang boleh la tengok-tengokan Mak dengan Ba.

 

  1. MAK BEE (dalam nada gembira)

Dahhhh..dah…apa yang sedih-sedih pagi raya nie…jom solat

Balik nanti boleh makan……

 

  1. SOFEA

Alhamdulillah…semua dah selesai…lepas nie boleh la makcik dan pakcik ke KL pulak….jumpa Mama sofea…

 

SEMUA KETAWA

 

  1. AKMAL (Monolog)

Semua dah selesai…pagi yang indah..tiba-tiba rasa sayu sebab dah lama tak beraya dengan keluarga…Alhamdulillah…

Sayunya bila terdengar “Takbir di hujung langit”

 

 

 

Kembali