Minggu Sains Negara bermula 1-7 April
di Pulau Pinang Minggu sains Negara di sambut di Tech Dome Penang.

Bertema “ Negaraku Berinovasi” merupakan sambutan Minggu Sains Negara yang buat buat julung kalinya di sambut di  seluruh negara.

Sambutan ini bertujuan bagi menyemarak dan membudayakan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) pada pelbagai peringkat serta merapatkan jurang antara sains dan masyarakat juga meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap kepentingan sains dan merapatkan jurang antara sains dan masyarakat dengan menampilkan pelbagai program berasaskan “sains” yang menarik dan interaktif.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berkata penganjuran program itu  sejajar dengan Hari Sains Sedunia yang dianjurkan oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai acara tahunan sejak tahun 2002.

Di Tech Dome Penang pelbagai aktiviti menarik diadakan antaranya bengkel untuk Pelajar-Pelajar sekolah. Juga diadakan pameran tentang Penang Digital Library,Penang Sains Cluster dan anda juga dapat pelajari bagaimana sains membantu dalam mendapatkan cop jari penjenayah dan pelbagai pameran berkaitan sains.

Diharapkan Minggu Sains Negara  dapat meningkatkan kesedaran dan kepentingan STI kepada semua lapisan rakyat Malaysia. Secara tidak langsung, program ini akan meningkatkan pembangunan modal insan dan menarik minat pelajar untuk memilih bidang dan jurusan STEM sebagai kerjaya serta mengiktiraf sumbangan saintis, ahli akademik serta individu dalam mempromosikan sains. Program ini juga diharap mampu memberi kesedaran kepada rakyat betapa pentingnya STI dalam menjana pertumbuhan ekonomi dan menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju.

Dikongsikan gambar-gambar ketika kami berada di Tech Dome Penang.

 

Penang Sains Cluster yang mempamerkan teknologi Robotik

 

Sesi sidang media bersama-sama Datuk Kua Abun  Timbalan Ketua Setiausaha dalam Perancangan & Pengkomersilan, kementerian Sains,Teknologi dan Inovasi

 

Barisan VIP


Kembali