KEJAR AKU TENGOK!!

    (Dunia Perlumbaan)

 

Kelajuan motor yamaha RXZ itu, memecah hening malam di kampung Jijo,nama yang tidak asing lagi dalam dunia perlumbaan haram di kampungnya, Jijo yang sedang asyik mengelap motornya,sambil mata liar melihat kapchai-kapchai yang lain.

“Jo! 2 kilometer RM500 dengan Ifan, amacam??? ” Teriak Ajis

“Cantik tu, ko pergi deal”

Malam itu, setelah Ajis membakar semangat pertiwi Jijo, ibarat macam lebah yang baru dibaling sarangnya dengan buah koko macam pelesit Jijo hilang. Tiba di Pekan Baru. ”Grengggg!!Grengggggg!!Greng…grengg..”.

Ekzoz Talqim milik Jijo memang gegar, garing bunyinya dari jauh nampak nafas Ifan turun naik kecuakkan wajahnya terserlah. “Sussssz!! Zusssss!!! Aksi Jijo mengawal motor ketika ambil selekoh tajam itu, memang tidak dapat digambarkan.

Suara-suara budak baru “nak up” berkumandang dibelakang mereka.

“Kejar aku tengok!!! Jerit Jijo. Ifan makan asap, dibelakang motor Jijo, sebab fiber RXZ Jijo, panas dan berasap. Malam itu, Ifan kalah jauh bertiang di tinggalkan oleh Jijo. Kemarahan Ifan semakin membuak-buak terhadap Jijo dendamnya makin mendalam.

Malam itu Jijo pulang dengan kemenangan, tiba di rumah,

“Cukup Jo cukup!!! Mak takmo ko mati katak macam tu, ingat la sikit Mak dan adik-adik”.

Macam itu lah, ayat Ibu Jijo setiap kali Jijo berlumba haram.

 

Pagi itu. “Jo!!Jo! Zack beb!!…Zack!”

“Nape dengan Zack?”

“Zack kene kambu Jo, dengan budak Pekan!!Lunyai beb, sekarang Zack ada kat hospital”.

“Nie mesti kerja budak-budak Ifan, tak dapat aku, kawan aku jadi mangsa”. Sampai di Pekan mereka berpecah mencari Ifan dan rakan-rakannya. Puas mereka mencari Ifan merata-rata.Tiba-tiba

“Jo, itu pun motor diaorang!!!”  Teriak Ajis.

“Bangsat ko Ifan!!!Amek nie!!!” Penumbuk sulung Jijo singgah ke muka Ifan.

“Leks Jo leks!!Aduhhh!!Aduhhh!!!Arhggggg!!!” Mulut dan hidung Ifan dipenuhi darah, rakan-rakan Ifan tidak keruan lalu lari berkeliaran. Melihat keadaan Ifan yang tidak dibantu rakan-rakannya Jijo dan rakan-rakanya berhenti melunyaikan Ifan dan terus ke Hospital melawat Zack. Waktu melawat petang tu, Jijo dan rakan-rakanya habiskan masa dengan Zack, riuh rendah di dalam wad itu mereka ketawa, bergurau dan mengutuk perangai masing-masing. Selepas pulang dari Hospital, tiba di rumah.

“Baik ko kemaskan kain baju ko Jo!! Dan pergi dari kampung nie!! Tak habis-habis buat masalah!! Mak malu Jo! Mak malu”.

Polis datang ke rumah mencari Jijo, sebab pergaduhan dengan Ifan.

“Mak…Maafkan Jo!!”

Jijo tidak mahu kerananya maruah keluarganya tercemar, walaupun sering di tuduh dengan pelbagai tuduhan. Jijo nekad untuk pergi dan pulang dengan kejayaan. Dia ingin Ibunya bangga denganya satu hari nanti. Dalam perjalanan Jijo singgah ke hospital, melawat Zack dan menceritakan segalanya pada Zack. Kemudian Jijo mulakan perjalanan menuju ke Kota impian, Kuala lumpur. Hampir dua hari Jijo di Kota Besar itu. Tidur tidak menentu, duit pula semakin habis dan cukup-cukup untuk duit minyak motor sahaja. Jijo terus mencari kerja, dari pam minyak ke kedai makan, ke bengkel motor dan ke kilang roti tetapi semuanya hampa. Keperitan mula terasa petang tu, Jijo lepak dekat Tanjung Gila sambil melihat ramai muda-mudi melepak, ada yang bersama keluarga, ada yang bercinta dan ada juga yang sepertinya pasrah menunggu apa yang akan berlaku.Sedang Jijo mengelamun.

“Hai Geng!! Lu dari mana nie, dari tadi Wa perati, termenung jer, ada masalah ke?? “

“Panggil Wa Adam, Lu?”. Sambal menghulurkan tangan.

Adam kawan pertama yang menyambut kedatangannya. Jijo perkenalkan dirinya, Mereka bercerita, ketawa macam sudah lama mengenali antara satu sama lain.

“Lu jangan risau la, malam ni lepak rumah Wa”.

“Bab kerja esok kita sembang”

“Terima kasih Dam”.

Keikhlasan Adam membuatkan Jijo terharu. Dan yang paling Jijo suka Adam juga merupakan budak motor sepertinya.Tiba di rumah sewa Adam. “Wuiyooo!!! Garangnya motor Ko nie!! Budak mana nie Dam? Berbeg-beg bagai nie, lari dari rumah ke ape?”

Azril kawan serumah Adam, sungguh peramah adakalanya kelakar juga, dia cukup minat dengan motor RXZ Jijo. Dan yang membuat Jijo ada keyakinan ialah mereka bukan kaki drug dan mereka semua bekerja. Pagi itu, Azril membawa Jijo ke sebuah kedai milik rakannya untuk mencari pekerjaan. Jijo di terima berkerja sebagai budak penghantar barang alat ganti motor dan area Lembah Klang menjadi laluan utama Jijo. Hampir sebulan bekerja, Jijo dibawa oleh Adam dan rakan serumahnya ronda-ronda sekitar Bandaraya Kuala Lumpur. Kota Besar bercahaya itu buatkan jijo menjadi teruja dan terpesona, ramai Mat Motor berkeliaran tanpa hala tuju termasuklah Jijo. Lebuhraya Persekutuan menjadi taruhan nyawa mereka hampir 25 buah motosikal pelbagai jenama beraksi di atas jalan.Malam itu Jijo di cabar bersaing dengan Budak Kampung Baru. Cara Jijo berlumba membangkitkan kemarahan Budak Kampung Baru itu, kerana kalah di tangan Jijo. Petang itu, sambil mereka berbual-bual di kedai tomyam Malee.

“Heiii budak!! Aku masih tak puas hati lagi!!”

“Lu pehal beb!! Lu datang table Wa, Lu nak berkokok pulak!!!” marah Adam. “Arhhh aku tak puas hati!! Aku cabar budak ko nie!!”.

“Ok aku sahut cabaran Ko!!Berapa?” Balas Jijo.

“Seribu!! Jalan Ulu Yam satu kilo!!”

“Ok deal!! Bila?

“Malam minggu ni kita jumpa!!!”

Azril, Aiman dan Adam tergamam apabila Jijo setuju dengan cabaran budak Kampung Baru itu. Mereka tahu, Jalan Ulu Yam itu, adalah jalan paling sukar buat semua Mat Motor, satu kilometer adalah jarak panjang, memandangkan jalan selekoh disitu kesemuanya selekoh maut. “Ko nak hantar nyawa Ko ke bilik sejuk Hospital Besar ke Jo! Jalan tu bahaya ooo, sekilo tu?”

“Biar la Dam, dia nak sangat!”

Hari berganti hari, sedar tak sedar, hari yang yang dinantikan telah tiba. Degup jantung Jijo mula berdetak detup. Setibanya Jijo di tempat perlumbaan itu, bagaikan satu pesta sepanjang jalan itu, ramai anak-anak muda dengan motor mereka siap sedia menantikan perlumbaan hangat itu. Jijo tergamam setelah diberitahu, bahawa perlumbaan itu, sudah diiklankan. Jijo dan Amir dijadikan pertaruhan oleh Tauke-Tauke Kedai Motor,antaranya Suzuki Advance,Yahama Racing Club,Honda Repsol Racing Club. Ini kerana mereka ingin mencari bakat penunggang motor yang berwibawa untuk diketengahkan.

Amir!! Kasi titik budak kampung tu! “

Amir Budak Kampung Baru seorang penunggang yang paling digeruni disekitar Kota dan Lembah Klang, Jijo adalah pesaingnya yang paling tepat. Keadaan itu, tidak sedikit pun melemahkan semangat Jijo apatah lagi berasa gentar, bagi Jijo dia berlumba hanya untuk memahirkan diri dan ingin mencari pengalaman dalam perlumbaan sebegitu, kalah atau menang bukan ukuran buat diri Jijo.

Hampir setengah jam perlumbaan bermula, Hampir 50 meter untuk Jijo menghabiskan perlumbaan itu. Dilihat Amir tidak mampu dalam pertarungan itu. Panas buatkan engine Motor Amir terhenti dengan tiba-tiba. Amir tidak dapat habiskan perlumbaan itu di garisan penamat. Tetapi atas rasa keprihatinan, Jijo berpatah balik dan melihat keadaan Amir. “Beb!!mari aku bantu Ko, aku harap Ko lupakan tentang perlumbaan ini”. Pada mulanya Amir agak keberatan setelah Jijo bersungguh sungguh untuk membantu, akhirnya Amir terima pertolongan daripada Jijo. Malam tu ramai tauke-tauke yang bertaruh untuk Amir kalah dalam pertaruhan itu. Sedikit demi sedikit bebudak motor meninggalkan kawasan itu.

“Caya la Jo!! Tak sangka kawan aku nie boleh tewaskan Harimau Kota tuu!!!”. “Tahniah Jo!! Alhamdulillah Ko selamat”.

Hampir dua bulan masa berlalu,sejak perlumbaan di Ulu Yam tu, ramai Mat Motor mula mengenali Jijo, kesan dari perlumbaan itu Jijo dan Amir menjadi kawan baik dimana Jijo,Adam ,Aiman dan Azril berada, disitu juga Amir akan berada. Pagi itu di tempat kerja Jijo,

“Jo! Ada good news!”  Sapa Amir

“Ape dia?”

“Jumpa ko petang nanti port biasa, aku cerita”.

Petang itu, Setelah bertemu Amir keterujaan Jijo mula meluap-luap, Amir menceritakan bahawa Jijo dan dia terpilih dalam perlumbaan Motor Grand Prix di Sepang untuk Class 250 CC, ditaja oleh Yamaha Motor Racing.Sedang Jijo mengecapi berita gembira itu bersama-sama Aiman,Amir dan rakan-rakanya.

“Tringggg!!!tringggg!!!!tringggg!!”..Hello…Haaaa!….Azrilll”

Sudah seminggu Azril pergi meninggalkan mereka kerana kemalangan ketika dalam perjalanan berjumpa Jijo. Semoga rohnya tenang bersama Maha Pencipta. Keesokkanya

“Jo !! minggu depan kita training trackk woooo!!!”.

Apabila Jijo melihat rakan-rakan Amir teringat Jijo kepada rakan-rakanya dikampung, Zack ,Ajis ,Jepun dan ramai lagi, rasa rindu pada mereka ,tidak mampu diluahkan dengan kata-kata,apalagi dengan Ibu dan Adik-adiknya. Jijo nekad akan buktikan yang dia bukan macam yang mereka sangka.

Latihan di litar bermula, Jijo dan Amir lulus ujian masa dan cuma menunggu hari perlumbaan sahaja. sedang Jijo asyik berbual sambil minum kopi Jijo didatangi seorang wanita,cantik iras model

“hye hensom!!boleh I join You.. Nama I Maria”

Maria gadis litar ingin mendekati Jijo, sikap ramahnya itu belum cukup untuk mencuri hati Jijo,kerana Jijo masih lagi teringatkan Niza buah hatinya di Kampung. Sebulan masa berlalu,  Jijo dan Amir semakin teruja dengan perlumbaan yang akan berlangsung beberapa bulan sahaja lagi mereka berusaha bersungguh-sungguh agar dapat mencapai impian mereka.

Kini, hari yang ditunggu telah tiba, rasa gementar mula terasa, bila melihat jaguhan yang mewakili negara masing-masing ada bersama. Jijo menduduki petak kelima hasil daripada ujian masa yang dicapainya Amir pula dipetak ke lapan. Mata Jijo liar melihat ke grandstand, dilihat semua rakannya berada disitu termasuk Zack. Siaran langsung perlumbaan ini menjadi medan untuk Jijo buktikan kepada Ibu dan orang kampungnya bahawasanya dia juga adalah sebuah permata, Jijo ingin buktikan bahawa mereka bukan Mat Rempit jalanan. Perlumbaan akan dimulakan, Maria berada disisi Jijo.Sebagai gadis litar, dia memilih agar dapat bersama Jijo, untuk memberi semangat padanya.

“Jo, I harap u tak kecewakan I..!!”

Jijo tiada apa-apa jawapan untuk Maria tetapi hanya mampu diam dan fokus pada perlumbaan.

“Prenggggg!!! Wenngggggengenggggggg!!”

Perlumbaan semakin hebat dan mencabar,persaingan amat sengit terutama pelumba dari Jepun dan Itali pusingan ketiga terakhir,  Jijo di posisi keempat, terus mengejar pelumba dari Jepun dan Itali itu, Jijo terus mengekori rapat dan sesekali memberi tekanan mereka.

“Mrenggggg!!!Prenggggggg!”

Jijo bagaikan tidak percaya “buzzzzzzzz!!!! Brukkkkkkkkkkk!!!!” dan ketika masuk selekoh untuk pusingan kedua terakhir Pelumba yang menunggang Ducati dari Itali, menduduki tempat kedua dan ketiga pelumba dari Jepun menunggang Suzuki gagal mengawal motosikalnya lalu terbabas dengan pantas

Jijo semakin bersemangat, Keberanian jiwa keringnya mula dirasai, terbayang wajah Azril yang pernah memberinya kata-kata semangat. Kini dia bersaing dengan pelumba dari USA yang menunggang Honda, Jijo mengekori rapat dibelakangnya dan memberi tekanan kepadanya, di carta utama, nama Jijo mula tertera, tempat kedua,kibaran bendera negara mula berkibar dipentas utama, pesaingnya pula mula hilang punca, dia mula menoleh-noleh untuk melihat kedudukkan Jijo.

Pusingan kedua terakhir itu Jijo guna dengan sebaik yang mungkin, “Prenggggggggg!!!! Ermmmmmmmmmm!

Di selekoh terakhir pusingan yang terakhir Jijo gagahkan diri untuk mengambil selekoh tersebut, dengan kelajuan di luar jangkaanya, Jijo terus memintas pelumba dari USA itu, hanya jeritan dalam hati yang mampu dilepaskan.

Kejar tengokkkkkkkkkk!!!!!!!!!”

Tiada lagi ruang untuk pelumba dari USA itu untuk mengejarnya lagi Jijo pula semakin mara meninggalkannya sehingga kegarisan penamat. Kibaran bendera di garis terakhir itu buatkan airmata Jijo mengalir kerana terlalu puas, perasaanya ketika itu hanya Allah sahaja yang mengetahui. Di kampung Jijo, di pentas utama nama Jijo dilaung-laungkankan, mereka semua berdiri meraikan kejayaanya.

“Jijo!! Jijo!! Jijo!!”.

Itulah kali pertama, Jijo mendengar suara orang kampung memanggil namanya mereka menyambut kepulangan Jijo sebagai seorang wira, Jijo terus memeluk Ibunya dan adik-adiknya dengan linangan airmata kegembiraan. Di lihat Adam, Aiman, Zack, Ajis, Jepun dan rakan-rakanya yang lain juga ada di situ termasuk Niza dan suaminya. Jijo akur dengan keputusan Niza, tetapi di sudut hujung sana kelihatan Maria dan Pasukan Racing tiba. Jijo Jaguh Kampung yang berjaya menempa nama di Persada Dunia. Sebulan selepas itu, disaat petang yang damai, diatas jalan Jijo dan Maria bersama diatas motor dengan kelajuan 180/km sejam.

“Prengggggggggggg!!! Eemmmmmmmgnggnggg!!!!”

 

Karya Asal : Mizoyake Abil

Suntingan : Sri Andalas

 

 

Kembali