24 April 2018 –  Selasa

Kami memulakan Perjalanan dari KTM Butterworth ke Padang Rengas,Perak
Tiba di Padang rengas kami dijemput oleh rakan-rakan dari Homestay Labu Kubong. Lebih kurang 15 minit perjalanan untuk sampai di Homestay Labu Kubong.

Kami di sambut meriah oleh kakitangan Homestay dan penduduk kampung sambil menantikan juga kedatangan Para Pelancong yang akan singgah di Homestay tersebut.

Keunikkan Homestay dan permandangan yang cantik membuatkan Homestay ini telah memenangi Homestay terbaik Malaysia 2016 dan 2017 dan terbaik Perak 2017.

Keindahan Flora dan Fauna membuatkan jiwa kami merasa ketenangan apabila berada di sana dengan kehijauan sawah padi yang terbentang luas, air ban yang sangat jernih anda boleh bermandi-manda,sudah pastinya makanan kampung yang sangat menyelerakan.

Bukan setakat itu sahaja anda juga boleh ke ladang Getah dan juga boleh berkayak di tasik yang ada sekitar Homestay Labu Kubong.
banyak aktiviti yang dapat anda lakukan.

Oleh kerana kesuntukkan masa maka kami tidak dapat ke Ladang Getah dan berkayak tetapi pada masa akan datang saya bercadang untuk singgah lagi ke Homestay Labu Kubong ini.

Saya syorkan jika anda ke Negeri Perak wajib untuk anda ke Homestay Labu Kubong anda akan dapat merasai suasana kampung yang sangat best.

A 107, Kampung Rasau, 33700 Kuala Kangsar, Negeri Perak.
Anda juga boleh hubungi 019-577 3471 untuk membuat tempahan.

Nantikan perjalanan Abg R Tourism yang akan membawa anda jalan-jalan di sekitar Negeri Pulau Pinang.

di kongsikan dengan gambar-gambar menarik ketika kami berada di Homestay Labu kubong.

1)Bersama-sama DJ Watie di tengah sawah padi yang menghijau

 

2) Dapat juga merasai naik buai di kawasan Sawah padi dengan angin sepoi-sepoi,Tapi boleh tahan ke buai nie? Ehh Boleh kuat tu…

 

3) Bersama-sama dengan DJ watie, Asrul dan Nazrin Jurugambar muda yang berbakat.

 

4) Air ban di kawasan sawah padi yang jernih memang untuk pelancong mandi-manda.

 

5) Kepanasan tidak menghalang saya untuk berada di tengah-tengah sawah padi ini,kehijauanya memukau pandangan.

 

6) Sebelum pulang ke Penang kami bergambar Kenangan bersama-sama Penduduk kampung dan Abg R Tourism.

 

AZIE
Kembali