Apabila mendengar tentang Sains tentu ramai yang beranggapan ianya sangat membosankan.Tetapi jika anda cuba selami bidang ini pasti anda akan jatuh hati dengan Sains.

Bagi mendekatkan masyarakat dengan dunia Sains pelajar-pelajar fizik USM telah mengambil inisiatif bagi membuka ruang kepada anda untuk datang dan melihat sendiri bagaimana Sains memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian kita.

Hari Fizik merupakan satu program yang diadakan oleh pelajar-pelajar Fizik USM. Ianya bertujuan untuk memberi pendedahan kepada Pelajar dan Masyarakat tentang Sains.

Pelbagai acara menarik yang diadakan antaranya Simulasi Gempa Bumi, Astro Fizik yang menceritakan tentang bintang-bintang,nabula,lohong hitam dan sebagainya juga anda dapat meneroka ke angkasa lepas tapi awas jangan tersesat di angkasa Selain itu,Para Pelajar boleh menyertai Pertandingan Sumo Robot yang menawarkan hadiah menarik.

Jom kami bawa anda meneroka dunia Sains.

 

Jom meneroka ke angkasa lepas, pastikan anda tidak sesat

 

Kembali