Ekspresi Kemerdekaan 2018 adalah program luar RTM. Ia berkaitan dengan Bulan Kemerdekaan yang di sambut pada bulan Ogos setiap tahun. Ekspresi Kemerdekaan akan ke sekolah yang terpilih dan menerbitkan Program secara kerjasama dengan pihak sekolah dan ADUN Kawasan terbabit.

Ekspresi Kemerdekaan adalah satu bentuk Program menarik minat generasi muda menghayati erti sebenar kemerdekaan tanah air, sekali gus sama-sama mengingati perjuangan generasi terdahulu memerdekakan negara di dalam setiap selitan program yang dijalankan.

Ekspresi Kemerdekaan ini telah dijalankan di SMK Datuk Haji Abdul Kadir,Kepala Batas dan telah di rasmikan oleh YB Khalid Mehtab ADUN Bertam.

 

 

MATLAMAT  :

Program ini dianjurkan bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturahim antara ADUN Kawasan,Para Pelajar, pihak Sekolah,Agensi-agensi terlibat, dan kakitangan mutiarafm serta mempromosikan rancangan-rancangan radio mutiarafm.

 

OBJEKTIF :

  • Menarik minat pelajar-pelajar dan generasi muda
  • Merapatkan hubungan dan kemesraan antara Penyampai Radio MUTIARAfm dengan YB Kawasan, pelajar-pelajar dan pihak sekolah.
  • Memperkenalkan dan mempromosikan rancangan baharu & program mutiarafm secara langsung dan dekat dengan pendengar.
  • Memberi pendedahan kepada para pelajar tentang skop tugas seorang Penyampai radio.

 

 

Bersama-sama YB Khalid Mehtab

 

Antara pengisian program adalah sesi berbalas pantun bersama-sama Cikgu SMK Datuk Haji Abd Kadir dan Wakil ADUN Bertam.

 

Bersama-sama kesemua Peserta Pantun dan pelajar-pelajar yang telah membuat persembahan mereka antaranya Ghazal Party, persembahan kompang,tarian dan lain-lain.

Bersama-sama peserta pantun wakil ADUN Bertam yang sangat sempoi mempoi (Awat dia pi kot tu….sorry naa…)

Ada banyak lagi gambar tetapi besar sangat katanya belum boleh load masuk lagi…..komen la….

 

 

 

Kembali