“KALUT BALIK RAYA”

 

 

TAJUK

 

KALUT BALIK RAYA (AIDILADHA)

 

NILAI PENDIDIKAN

 

Ikatan kekeluargaan

 

IDEA ASAL

 

PENULIS SKRIP/PENERBIT /PENGARAH

 

 

DJ Azie

 

 

DURASI

 

45 minit

 

WATAK  :

 

 

 

 

 

 

1. Hafifi Roslan

2. Aidil

3. Helmi

4. Yussof

5. Putra

6. Azie

SKRIP

SKETSA DRAMA RADIO (AIDILADHA)

 

SINOPSIS

Mengisahkan tentang 3 sahabat yang berasal dari kampung dan telah menetap dan bekerja di bandar hampir 2 tahun.

Fifi merupakan antara yang berjaya mendapat pekerjaan sesuai kelulusanya dan mampu memiliki sebuah kereta.

Baginya peristiwa balik raya tahun lepas tidak mahu dilaluinya lagi apabila terpaksa menaiki lori yang membawa kambing apabila kereta yang disewa mereka mengalami masalah.

Tetapi situasi kali ini berbeza membuatkan mereka bertiga terpaksa kalut untuk balik ke kampung lebih awal.

Apakah yang berlaku sebenarnya? Nantikan Drama Hari Raya Aidiladha. Kalut balik raya.

 

 

WATAK DAN PERWATAKAN

 

  • Fifi – Hafifi Roslan
  • Aidil – Aidil
  • Helmi – Helmi
  • Yussof – Tok Wan & Pak Mat
  • Putra – Putra
  • Azie – Azie

 

  1. 1 : Suasana Di Pejabat (tempat Fifi dan Helmi bekerja)

 

  1. FIFI

Wei Helmi…berapa hari bulan, kita nak balik Raya nanti

 

  1. HELMI

Amboi Fifi…tak dan dan hang nie…awat hang nak balik bila? Aku nie cuti pun tak isi lagi nie…satgi Boss dok buat tak bagi balik jemmmm aku….

Awat hang nampak susah hati ja nie?

 

  1. FIFI

Macam mana aku tak susah hati..Tok wan aku dah pi Mekah…Adik aku Putra tu dok sorang pulak…memang la aku risau makan minum dia…Adik aku tu nakal…kalau jumpa kawan-kawan lupa nak balik rumah…satgi jadi apa-apa…macam mana aku nak jawab kat Tok Wan aku….mampuih dia silat kat aku..dah la dia sayang Putra tu…

 

  1. HELMI

Ooooo..Macam tu noo…Ok …lanie jugak aku isi cuti…berapa hari nie kita nak cuti?

 

  1. FIFI

Raya Haji 22hb…Kita balik la sehari sebelum….21 pastu kita tambah cuti 2 hari lagi….macam mana?

  1. HELMI

Aku ok ja….lagi pun tahun nie Mak aku buat Korban jadi aku kena la balik awai sikit..ok…kita dah setuju..kena jugak tanya mamat sorang lagi tu..satgi kena tinggai jenuh teriak sorang-sorang..dah la baru kerja.

 

  1. FIFI

Haaa…kan…Si Aidil tu baru keja sebulan…aku takut dia tak dapat cuti ja…

Balik nanti kita kena bagitau kat dia.

 

  1. HELMI

Hang tak yah pikiq apa…aku confirm cuti..nie aku dah isi..sat aku pass kat Boss…hehe

Tak sabaq aihhh aku nak balik kampung…Hehe..

 

  1. 10 : Suasana di Rumah

 

  1. FIFI

Adoii….Penatnya hari nie…kena turun side la…kena siapkan report la…rasa nak tercabut kaki aku nie dok tunggu melanggut kat side tadi.

 

  1. HELMI

Dah jawatan tinggi kerja pun kena la banyak….jangan merungut….aku nie lagi la, kat ofis.. dah naik biul..hari-hari kena mengadap si Minah keypo bawang tu…

Ada saja cerita dia pagi-pagi buta….masuk ofis tuu la keja dia..

 

  1. FIFI

kira hang pun Mat Bawang jugak laa…hahahaha…

 

  1. HELMI

Oooo..hang gelak kat aku…aku nie dah habis sabaq dah nie dengan minah keypo tu…dalam banyak-banyak staff aku jugak yang dia pilih nak membawang.

Berenti keja satgi kotttt…

 

  1. FIFI

Ha..ha..ha…aku dah penat-penat cari kat hang keja…lepas hang kena buang keja kat tempat lama tu..hang jangan dok cari pasai nak berenti keja pulak.

Hang tau?..itu tanda minah Keypo tu suka kat hang…alaaa tunggu apa…kira ON la..dia pun lawa apa..Cuma mulut ja kuat membawang.Sama-sama bujang.

 

  1. HELMI

Amboiiii….sedapnya nak match maker aku dengan si Minah Keypo tu…hang ingat aku tak dak taste ka?

Aku ada la buah hati aku…..

 

  1. FIFI

Cewahhhhh..Buah Hati konon….sapa? si Minah Keypo tu kan…apa nama dia? Sutinah Kan?? Hahahhaha

 

  1. HELMI

Kurang asam punya Fifi….Nanti bila hang tengok buah hati aku barulah terbeliak bijik mata hang…

 

  1. FIFI

Hahahhaaaa…angan-angan ja la hang tu…

Weiiii…mana si Aidil nie tak balik lagi…

 

  1. HELMI

Dia nie…bukan reti balik awai..habis keja pi melepak la..cari awek la…macam-macam aktiviti dia..orang muda la katakan.

 

  1. 21 : Kedengaran bunyi Motor Aidil

22 . FIFI

Tudiaaaa..sebut-sebut terus balik…dia dengaq hang kutuk dia la tu..

 

  1. AIDIL

Assalamualaikum….

 

  1. FIFI & HELMI

Waalaikumussalam…

 

  1. HELMI

Haa….Awat nie muka macam tokua basi ja nie…

Putuih cinta ka…tu laaa dok bagitau dah..sat Mira la…Ina laa…Suzy la…

Last-last kan dah kena reject.

 

  1. AIDIL

Hampa nie nama ja kawan-kawan..tapi tak habih-habih kutuk aku…aku tengah sedih nie……tau……Sedih

 

  1. FIFI

Haaaa…Pasai pa hang nie? Sapa yang reject hang nie…bagitau kami…kot-kot la kami boleh tolong hang…match maker hang dengan Sutinah ka….

Hahahahahaa…

 

28: HELMI

Hang nie Fifi…Tak habih-habih dengan Si Minah Keypo tu..ntah-ntah hang yang suka dia kottt…

Kesian kawan kita nie…Apa masalah hang ni Aidil?

 

  1. AIDIL

Tu la hampa.. tau nak kutuk aku ja…aku tau la aku nie nakal banyak Girlfrend…Tapi nie bukan masalah putus cinta ka apa…Nie masalah aku tak dapat cuti…

 

  1. FIFI

Haaaa!!!…tak dapat cuti…Punggah!

 

  1. HELMI

Aku dah agak dah…weii…Aidil kami nie masing-masing dah dapat cuti…mula 21 hb nie…kalau hang tak dapat cuti…hang raya la kat sini sorang-sorang..Hahhahaaa

 

  1. AIDIL (Dengan Nada Sedih)

Mana boleh macam tuuu….Aku nak balik kampung jugakkk…

Bawalah daku pergi……bersamamu….

Tolong la bagi idea..apa aku nak buat…nak minta cuti kat Boss aku tu.

 

  1. FIFI

Lanie apa yang Boss hang kata kat hang? Cuba hang cerita kat kami.

 

34.AIDIL

Aku dah minta cuti…Aku kata “ Boss saya nak balik kampung nak raya..kat penang Boss..boleh tak saya dapat cuti..2 hari pun jadi la.

Hampa tau apa dia kata?

Dia kata….”Awak nie baru saja kerja..dah nak minta cuti..undang-undang syarikat nie ikut giliran bercuti…kalau semua bercuti macam mana bisnes nak jalan.

Sedih aku….aku baru keja sebulan memang tak dak harapan la nak cuti..dah la kat sini aku tak dak sapa.

 

  1. HELMI

Ada betoinya apa yang boss hang kata tu Aidil..

So lanie hang kena la akur.

 

  1. AIDIL

Tapi depa semua kampung dekat sini ja..aku ngan Mat Pit ja jauh….Mat Pit pun dapat cuti….aku tak dapat pulak.

 

  1. FIFI

Berat kes hang nie..Berat….tak pa la hang beraya la dengan Mira ka..Suzy ka…best pa..

Kami pun tak boleh nak tolong hang…sebab memang hang baru sangat keja dengan syarikat tu.

 

  1. AIDIL

Aku nak balik raya jugak…Nak balik…..Nak balik

 

  1. HELMI

Wei Fifi..dah la tak payah layan si Aidil tu..janji kita dah dapat cuti..nanti kita bincang nak beli apa…nak bertolak pukui berapa.

 

  1. FIFI

Betoi tu….aku pun ada banyak lagi barang nak beli bawa balik..almaklumlah tak dak sapa…kat kampung tu..tinggai aku ngan Putra ja..kalau Tok Wan ada lain la..

Ok la..aku nak keluar sat pi servis kereta….

 

  1. HELMI

Elok tu Fifi…harap-harap perjalanan kita nanti tak macam dulu la..seram aku pikiq..

 

  1. FIFI

Agak-agak la hang nie..keta baru kottt….

 

  1. 43: Suasana Di Pejabat(Fifi dan Helmi)

 

  1. FIFI (Terima Panggilan dari Kampung)

Hello….Assalamualaikum….Ya saya Fifi..Abang Putra…

Ada apa tu Pak Mat? Haaaaa!!! Putra Hilang…

Hilang pi mana?…Ok..ok lanie jugak saya balik…

Baik…Waaalikumussalam….

Helmi…Weiii..Mie….

 

  1. HELMI

Awat hang nie…Dah macam kucing nak beranak dah..pasai pa…

 

  1. FIFI (Dalam Keadaan cemas)

Helmi…Helmi..aku kena balik kampung la nie jugak…

Kalau hang nak ikut sekali jomm lekaih…

 

  1. HELMI

Kita lusa baru nak balik, awat yang hang kalut sangat nak balik hari nie jugak.

 

48.FIFI

Adik aku…Putra!!

 

  1. HELMI

Awat pulak dengan adik hang tu…Awat…

 

  1. FIFI

Tadi Pak Mat call aku bgtau.. kata adik aku hilang dari semalam tak balik rumah….kawan-kawan adik aku tu laa yang habaq..lanie aku kena balik

Kalau la Tok Wan aku tau naiya kau…Helmi…

Patut aku dah bawa dia dok ngan aku dah…masa Tok Wan aku pi mekah hari tu..tak sangka jadi macam nie pulak..

 

  1. HELMI

Laa…Bukan salah hang..Putra tu mana la boleh nak tinggai kampung mai dok bandar…dia mesti boring tak dak kawan…

Tak pa kita cari sama2 nanti.

 

52.FIFI

Jom..jom..aku pi habaq kat Boss dulu…nasib keja aku semua dah sattle…hang nak ikut tak?

 

  1. HELMI

Ya…Kena la ikut, nanti aku nak balik ngan sapa pulak, kalau hang dah balik dlu..tunggu..tunggu aku isi cuti lain.Cuti Kecemasan…

 

 

  1. FIFI ( dalam Perjalanan balik ke rumah mereka)

Aku risau betoi la dengan Putra nie….adik aku nie memang nakai tak kena gaya..tambah Tok Wan aku tak dak, lagi la dia buat sesuka hati dia ja…

 

55 : HELMI

Masa Tok Wan hang nak pi Mekah tu…dia dah suruh Mak dengan adik aku tengok-tengokan Putra tu.

Tak pa jangan risau la..nanti jumpa la tu…lagipun adik hang tu cekap bab-bab masuk hutan sebab dia dok besa dengan Tok Wan hang tu.

 

56.FIFI

Nie mesti..kes nak pi cari buluh nak buat lemang…Putra..Putra…

 

  1. FIFI ( Sampai dirumah..nak Kemas-kemas baju)

Mie…Kita kemas-kemas barang….pas zohor kita bertolak ok…

nasib baik aku dah servis keta awai..kalu tak kalut lagi aku…

 

  1. HELMI

Ok..ok…aku siap-siap barang semua..takut ada yang terlupa pulak nanti.

 

  1. AIDIL

Wei….Tak kan hampa nak tinggai aku kottt…

 

  1. HELMI

Aikkk..hang ada umah ka…ingat dah pi keja…

 

  1. AIDIL

Tak nampak ka moto aku ada kat luaq tu…

(dalam nada memujuk)

Weiiii….aku nak ikut jugak..hampa balik…tak kan hampa nak tinggai adik hampa nie sorang2…raya sorang2

 

  1. HELMI

Hang kan keja, tak dapat cuti…macam mana.. hang nak balik raya……

raya ja la ngan firlfrend hang yg ramai2 tu…

Aku nie.. kot la tak dak sapa…marka aku tunggu kat kampung tu.

 

 

  1. FIFI

(Menjerit dari dalam bilik)

Woiiii…Helmi hang dok sembang pa lagi..cepat la siap

Nanti lupa macam-macam barang…nie pun dah 12.30 tengah hari…

  1. HELMI

Haaa…la..ha laaa….adik hang nie la…

Dah Aidil….Aku nk mandi nak kemas baju…

 

  1. AIDIL

Woiii..nanti laaa….hampa kta nak balik lusa…awat yang tetiba nak balik awai…kalut la hampa nie…

Fifi…Helmi…..Allaaaaa….hampa nie…

(Selepas Setengah jam berlalu….)

 

  1. FIFI

Mie….Hang dah siap blom? Dah nak pukui 2..kita kena gerak dah nie…

Aku memang risau dengan adik aku nie…Tadi Pak Mat Call bagitau kata depa tak jumpa Putra lagi…

(dalam nada Sedih) isau aku niee…..risau…

 

  1. HELMI

Jomm…jomm….biaq aku yang drive…hang dok serabut satgi macam-macam pulak jadi..

 

  1. FIFI

Haaa…drive elok2 keta baru aku nie…cermat sikit…hang bawa keta tau bukan bawa lori…

 

  1. AIDIL

Nannnnntiiii dulu….

 

70.HELMI

Awat hang nie…berbungkus bagai…berbeg-beg nie..nak pindah ka?

 

  1. AIDIL

Aku nak balik kampung laa…nak ikut hampa…sampai hati hampa nak tinggai aku sorang-sorang.

 

  1. FIFI

Weiiii…hang bukan keja ka….ritu kami tanya hang kata tak balik la..itu la..ini laa….

Lanie hang pulak berbeg-beg mengalahkan kami pulak.

 

  1. AIDIL

Aku dah berenti keja laaa……

 

  1. FIFI & HELMI

Haaaaaa!!!! Berenti keja!!

 

  1. FIFI

Astrafirullah hal Azim!!…masuk nie dah dua kali hang berenti keja…apa nak jadi ngan hang nie Aidil…marka keliling pinggang..keja tak dak…

 

  1. HELMI

Cuba hang story kat kami…apa masalah hang nie…

 

  1. FIFI

Nanti Satt!!!…aku dah la tengah serabut dengan adik aku Putra tu…lanie jom kita gerak dulu….hang Aidil, story dalam keta nanti…lekaih2

Kereta bergerak

Muzik Selingan – Part seterusnya…

 

(Perbualan di dalam kereta)

  1. HELMI

Ha…..Aidil awat hang berenti kerja..cuba habaq mai kat kami…bukan senang tau nak dapat kerja kat KL nie…orang dok susah tak dak kerja..hang senang-senang pi berenti.

 

  1. AIDIL

Hampa nie….jangan la dok beletiaq kat aku…hampa ingat aku suka ka nak berenti keja…aku pun tak mau..

Tapi bos aku tu..penting diri sendiri..ada ka patut dia suruh aku kerja hari Raya nie…semua orang cuti..aku saja kena kerja…alasan dia aku baru kerja 3 bulan…tak boleh nak cuti.

Tu membuli namanya…raya mesti la cuti walau 1 hari pun…nie aku kena kerja..

Last-last aku hantaq la surat berenti hari tu jugak…aku kata “Bos…sorry sya tak boleh terima syarat kerja macam nie…saya pun nak raya jugak…Bos cari la orang lain,saya nak berenti kerja…saya nak balik kampung.

Pastu..dia bara laa…..

Aku amik gaji aku, keja 3 bulan…aku blah la…

 

  1. FIFI

Uihhhh…kering-kering hang buat macam tu nooo…

Tapi tak patut jugak, bos hang tu tak bagi cuti…

Tapi kalau hang kerja pun…hang kira, dapat kerja lebih masa…untung pa…

 

  1. HELMI

Tak sangka aku…aku ingat hang nie…tak dak hati perasaan…

pastu lanie apa plan hang, dah berenti keja nak buat apa lepas nie.

Aku dah tak mau rekemen dah kerja kat hang…nanti aku yang kena marah.

 

  1. AIDIL

Aku ingat..aku nak dok kampung truih la…nak keja kat sana..keja kampung…

 

  1. FIFI

Aku silap dengaq ka nie?…..Hang biaq betoi Aidil…

Keja apa yang hang nak buat kat kampung tu…

 

 

  1. HELMI

Hang boleh ka Aidil…nanti tak dapat jumpa…maria,ina,semua girlfriend hang tu..macam mana?

Kat kampung tu..apa kerja yang hang nak buat..cer cerita mai kat kami.

 

  1. AIDIL

Aku dah fade up la..keja kat bandar tu..asyik tak kena ngan jiwa aku ja…aku rasa nak keja kampung tolong abah aku usahakan tanah kebun dia dan tanah sawah..

Jadi petani dan pekebun muda..hehe…

Dulu abah aku pun memang mintak aku tolong..tapi aku yang tak mau..nak cari pengalaman kat bandar…

 

  1. FIFI

Kalau hang dah nekad…buat la apa yang terbaik untuk hang…

Haaa…lupa pulak aku…abah hang memang banyak tanah kan….Jadi tak salah la hang membantu..berbudi pada tanah..

Nie aku dok risau adik aku nie….

 

  1. HELMI

Laaa..hang call la Pak Mat tanya..apa cerita adik hang tu…

Tak yah risau la…Putra tu bijak…takat masuk hutan tu dah biasa kat dia…nanti jumpa la tu..

 

88.AIDIL

Laaa….Putra awat…

 

 

  1. FIFI

Tu laa…Pak Mat call aku pagi tadi kata Putra

Tak balik semalam…dia kan tumpang umah Pak Mat…ingatkan dia balik rumah tok Wan aku la…

Tapi tak dak kat sana…

Pak Mat syak dia masuk hutan…sebab nak cari buluh…

 

  1. AIDIL

Patut la hampa kalut-kalut balik kampung…

Alkisahnya…..macam tu…

Ala Putra tu bijak…nanti balik la tu…

Nie Tok Wan hang tau dak nie…

 

  1. FIFI

Aku harap macam tu la….harap-harap jumpa la adik aku tu…kalau tak…apa aku nak bagitau Tok Wan aku tu..tak senang dia buat ibadah haji nanti.

 

  1. HELMI

Jumpa la nanti tu..sama-sama kita doa…ok

Kita berenti sat na…aku nak pi toilet,,Aidil hang drive pulak….

(Muzik Selingan)

Part Seterusnya

Tiba di kampung – malam….

 

  1. FIFI

Aidil…kita singgah umah Pak Mat dulu…pastu aku hantaq hampa balik…

 

  1. AIDIL

Orite…..

(sampai di depan umah Pak Mat)

 

  1. FIFI

Weiiii..Helmi..bangun laaa…kita dah sampai nie…hang nie dari tadi membuta ja…

 

 

  1. 96: (Suasana di Kampung waktu malam)

 

  1. HELMI

Haaa….dah sampi ka….aku letih drive laa..

(kereta diberhentikan dan bunyi pintu kereta dibuka dan tutup)

 

  1. FIFI

Assalamualaikum…Pak mat…ooo pak mat

 

  1. PAK MAT

Waalaikumussalam……ya ..ya…tunggu sat…

(bisik dlm hati) Sapa pulak mai malam-malam nie…

Bunyi Pintu dibuka…

Ooo…Fifi…bila sampai…mai naik..mai

 

  1. FIFI

Baru sampai la nie Pak Mat..dari KL truih saya singgah rumah Tok Mat niee…tu…Aidil dan Helmi pun ada dalam keta tu

 

  1. HELMI & AIDIL

Assalamualaikum….

 

  1. PAK MAT

Hahhh..Waalaikumussalam….mai masuk

 

  1. FIFI

Pak Mat macam mana dengan Putra….kat mana dia Pak Mat

Risau saya Pak Mat…..

 

  1. PAK MAT

Kami dah puas cari dalam hutan belakang rumah hang tu Fifi..tapi kami tak jumpa apa-apa jejak yang menunjukan Putra masuk dalam tu…

Jadi kami dah stop cari untuk hari nie…Pak Mat tunggu sampai hang sampai nie..baru nak bincang…nak report atau kita nak teruskan mencari.

 

  1. HELMI

Bagi pendapat saya..kita buat report dulu…lepas tu besok bagi baru kita cari pulak…

Macam mama Fifi….

 

  1. FIFI

Ya…aku pun pikiq macam tu jugak….(dalam nada sedih)

Mana laaa…pi adik aku nie…tak pernah dia buat macam nie…

 

  1. PAK MAT

Sabaq Fifi…sama-sama kita doakan Putra tak apa-apa…Pak Mat yakin adik hang tu bijak…To Wan hang tu, selalu puji dia…kata dia memang cerdik dalam bab-bab masuk..keluar hutan nie…bab cari buluh…dan macam-macam lagi…hang pun boleh kalah ngan dia…

 

  1. AIDIL

(Sambil Menguap) Haa…laa..Fifi nie bukan tau apa pun…makan pandai laa….

 

  1. HELMI

Dia nie ngigau ka apa….jom la Fifi hang hantaq kami balik dulu..kalu hang dok biaq si Aidil satgi macam-macam lagi dia merepek…..besok pagi pukul 9 kita kumpul kat umah Pak Mat…

 

  1. FIFI

Ya la…..Baiklah Pak Mat…kami balik dulu..besok pagi kami mai…

 

  1. PAK MAT

Elok la tu…balik la berehat..penat tu berjalan jauh…rehat kan badan dan minda..jangan pikiq banyak sangat..besok pagi kumpul kat umah Pak Mat nie…kita plan dan teruskan pencarian…

 

  1. HELMI

Woi..Aidil..jom balik…ishhhh…baru drive sejam dah teruk..aku drive 2 jam..steady ja…

Muzik Selingan – Masuk Part seterusnya.

 

  1. 113 : (sehari sebelum Raya Haji)

Suasana Pagi – Diperkarangan umah Pak Mat

 

  1. FIFI

Pak Mat…lanie apa yang kita nk mula dulu nie…

 

 

  1. PAK MAT

Ok…Lanie kita ada 10 orang…

2 orang ke Balai Polis terdekat dan buat laporan sebab Putra dah 24 jam hilang…bagitahu apa yang berlaku..

Helmi dan Aidil akan ikut dengan 2  orang lagi orang kampung masuk hutan belakang umah Fifi.

Fifi , saya dan 2 orang lagi akan ke kampung sebelah..

Kita akan kumpul balik kat sini sebelum zohor nanti.

 

116: FIFI

Baik Pak Mat…kami ikut saja macam mana pun asal kita dapat jumpa Putra.

 

  1. AIDIL

Ok…jom la gerak lanie…nanti lewat

 

118 . HELMI

Amboi….semangat lain macam hang nie pasai pa? hang ingat kita nak pi makan angin ka…

 

  1. PAK MAT

Ha….sudah…jom kita gerak lanie…

Tapi kalau salah seorang dari kita jumpa Putra…pastikan rojer dan bagitau kat group lain…

(Gerak ke tempat masing-masing dalam misi pencarian Putra)

SC.Selepas 3 jam berlalu……

 

  1. AIDIL

Adoi….Penantnyaaa….dah tiga jam kita cari dalam hutan tu,…setiap ceruk kita masuk…tapi tak jumpa jugak..kesan pun tak dak….penat ada laaaa…

 

  1. HELMI

Aku pun heran…..kita masuk sampai penghujung hutan dah pun…dlu kecik-kecik kita pun tak berani masuk sampai hujung tu…bila dah tua-tua macam nie kena masuk pulak…

Hrmmm….mana si Putra nie pi

 

  1. AIDIL

Jangan-jangan Putra tu kena sembunyi dek bunian…memang la kita tak jumpa, walau dia ada dalam hutan tu…

 

  1. HELMI

Ishhhh…hang nie jangan merepek la…mana la ada bunian-bunian nie kat sini..tak pernah sapa sorang pun yang hilang dalam hutan tu.

Mana pi yang lain nie…kata nak kumpul sini balik

 

(Dari kejauhan)

 

  1. AIDIL

Haaaa!! Tu pun depa….

 

  1. PAK MAT

Macam mana….Aidil…Helmi tak jumpa apa-apa ka?

 

  1. AIDIL

Tak jumpa Pak Mat..kesan pun tak dak…habis lanie macam mana…

 

  1. HELMI

Saya rasa kita biar Pihak berkuasa yang jalankan tugas depa…Kita dah usaha mencari….tapi masih gagal

 

  1. FIFI

(Dalam Nada sedih)

Saya pun tak tau, nak buat macam mana dah Pak Mat..puas dah kita cari kat kampung sebelah tapi tak jumpa jugak..tapi yang saya pelik sekali ngan lembu dia hilang…Warrior tu…tak dak pun kat tempat selalu. Itu yang sya musykil.

 

  1. PAK MAT

Jangan-jangan Warrior hilang sebab tu Putra pi cari….

Hrmmmm….

 

  1. FIFI

Ada benarnya jugak Pak Mat…sebab dulu sekali Warrior nie pernah hilang..time-time nak raya haji la…

 

  1. HELMI

Dia takut gamaknya…kot-kot nak kena sembelih korban…

 

  1. AIDIL

Hang merepek ja…mana la haiwan nie boleh tau…bukan haiwan ada perasaan…

 

  1. HELMI

Ehhhhh…instint depa kuat..hang tengok kucing..anjing..burung depa tau dan kenai tuan depa…

Lembu pun sama la…

 

  1. FIFI

Tok Wan aku ngan Putra sayang sangat kat Warrior tu…memang tak la depa nak sembelih dia…dulu sebab kan raya haji la warrior nie hilang..last2 jumpa dalam hutan bawa diri…padahal Tok Wan aku dah booking lembu lain untuk korban…bukan nak korban si warrior tu…

 

  1. PAK MAT

Macam nie la…..kita jumpa lepas asar nanti ok…Pak Mat yakin kita pasti akan jumpa Putra.

 

(Muzik Selingan)

 

  1. FIFI

Masuk nie dah 2 hari Putra hilang, Apa yang kita nak buat nie Pak Mat

 

  1. PAK MAT

Kita bagi pihak berkuasa cari….

(sedang mereka berbual-bual)

Bunyi telefon

 

  1. TOK WAN (Call dari Mekah)

Assalamualaikum…..Fifi…Tok Wan niee…..hampa sihat ka tu…

 

  1. FIFI

Waalaikumussalam…Tok Wan….Alhamdulillah…chat nie….

Fifi pun dah ada kat kampung nie….

 

  1. TOK WAN

Putra mana….rindu betoi Tok Wan kat dia….teringat kat dia yang Tok Wan call nie….

 

  1. FIFI

Errr…Ada…tapi dia keluar Tok Wan….

 

  1. TOK WAN

Laaa….keluaq pi mana pulak tu….dia sihat ka…hang jaga dia elok2 Fifi…dia tu nakal sikit…kalau Tok Wan tak dak lagi dia suka merayau…

Hang fifi…jaga dia….

 

  1. FIFI

Ya la Tok Wan….nanti fifi bawa dia balik KL la…

 

  1. TOK WAN

Ok lah…lusa Tok Wan Call lagi..suruh Putra dok rumah….Tok Wan nk cakap dengan dia…

Assalamualaikum…

 

  1. FIFI

Waalaikumussalam…Baik Tok Wan..

Habislah aku…..macam mana aku nak buat nieee….Putra oiii mana lah hang pi nie…bila nak balik,…

 

  1. 146 : Muzik Selingan – Masuk Part seterusnya.

 

  1. HELMI

Jadi apa yang kita nak buat lanie…tak kan nak tunggu saja…

 

  1. PAK MAT

Hurmmmm…..tu la Pak Mat pun tak tau nk buat apa….besok dah nak raya….Putra banyak bantu Pak Mat….masa buat Korban

 

  1. AIDIL

Ehhhhh…sapa tu ramai-ramai…Polis pun ada tu…

 

  1. FIFI

Sapa tu…..Ehhhh tu adik aku Putra….dengan Warrior

 

151 : HELMI

Tu laaaa…Putra tu,……

 

  1. ORG KAMPUNG SEBELAH

Assalamualaikum….

 

  1. PAK MAT

Waalaikumussalam..

 

154 : ORG KAMPUNG SEBELAH

Pak Mat…kami jumpa budak nie….dalam hutan kampung sebelah…

Kami tengok dia dalam keadaan tak bermaya…jadi kami tanya dia dok mana…rupanya cucu Tok Wan

 

  1. FIFI

Ya Allah Putraaaa….Alhamdulillah,….nasib baik abang nie jumpa hang..kalau tak apa abang fifi nak bagitau kat Tok Wan..

 

  1. PAK MAT

Alhamdulillah….Terima Kasih….Lee….nasib baik hampa jumpa dia ..penat kami mencari..

 

  1. HELMI

Ehhhh..Pelik jugak tadi Fifi dan Tok Mat ada masuk kampung sebelah cari Putra..tapi tak jumpa

 

  1. ORG KAMPUNG SEBELAh

Macam nie laaa…..hutan dalam kampung kami tu memang keras…kalau yang masuk tak cukup ilmu masuk hutan tambah2 budak macam Putra nie…memang la susah kita nak nampak….Alhamdulillah akhirnya jumpa.

 

  1. AIDIL

Hutan ada batu memang la keras….tu biasa la tu…

 

  1. HELMI

Ishhhh…hang nie mulut….

 

  1. PAK MAT

Macam mana Lee tau ada budak hilang nie….

 

  1. ORG KAMPUNG SEBELAH

Saya tengok ada ramai polis tadi tu yang saya tanya…depa cerita..jadi dengan ilmu yang ada masuk hutan nie saya cuba cari sama-sama.

 

  1. FIFI

Terima kasih la encik…..sudi tolong cari adik saya….

Terima kasih sangat.

 

  1. ORG KAMPUNG SEBELAH

Sama2….lanie semua dah selamat…saya balik dlu ok…kat pihak polis pun saya dah maklum tadi…

 

  1. PAK MAT

Terima kasih Lee…

 

  1. FIFI

Haaaaa…..Putra…awat yang hang diam ja….dah kena baru nak diam kalau tidak cakap tak berenti

 

  1. HELMI

Ishhhh…hang nie….dia letih tu…ntah2 makan kan tak lagi tu…

 

  1. PAK MAT

Dah..dah…jom naik umah Pak Mat dulu…

 

Muzik Selingan – Masuk Part seterusnya.

 

  1. FIFI

Putra…cuba hang cerita kat abg hang nie….apa yang jadi sebenaqnya….hang tau dak kami nie risau macam mna….abang…nie terpaksa kalut-kalut balik kampung…

 

  1. PAK MAT

Fifi….hang tak payah la marah2 dia…cuba tanya elok-elok…

Haaa..Putra..cuba cerita macam mana hang boleh pi masuk dalam hutan sebelah kampung pulak tu.

 

  1. PUTRA

Putra…minta maaf kat semua…sebab buat semua orang susah cari Putra….Putra bukan sengaja….Putra nak cari Warrior

 

  1. FIFI

Haaaa…Menjawab…..nasib baik Tok Wan tak tau…kalau dia tau..dia kat sana nak buat Haji pun terganggu…

 

173 : AIDIL

Ok..lanie Putra bagitau kat abg Aidil…apa yang berlaku…

Bukan Putra patut tido umah Pak Mat ka? Macam mana Putra boleh ada kat kampung sebelah…

 

  1. HELMI

Haaaaa..lekaih story mai….satgi…kena side kick ngan abang fifi hang nnt….muka dia dah merah tu….

 

  1. PUTRA

Haaaa…laaa…Putra bukan sengaja nak bagi semua orang risau….Lepaih balik sekolah….kawan Putra Ayie mai bagitau kata dia nampak Warrior dok ragut rumput jauh dari tempat selalu….

Tok Wan dah pesan…tengok-tengokkan Warrior….dia tu suka pi kampung sebelah…maklumlah ada lembu betina lain kat sana….

Jadi Putra..pas balik sekolah tu..letak beg teruih pi cari warrior….masa Putra pi tengok warrior ada lagi kat situ….Putra biar la….

 

  1. AIDIL

Pastu…macam mana warrior boleh lari sampai kmpg sebelah…

 

  1. PUTRA

Sat..la cerita tak abis lagi..apa laaaa..abang Aidil nie….

 

  1. HELMI

Amboi…adik hang nie fifi…kecik ja aku tengok…cerita kaih…

 

  1. PUTRA

Lepaih tu Putra balik rumah…mandi..makan…tiba-tiba tengok cuaca dah mendung…Putra pun cepat2 la pi cari warrior..dia tak dak kat situ…

Putra pu apa lagi….cari la..sekeliling kampung…smpi masuk kampung sebelah….

 

  1. FIFI

Yang hang masuk hutan tu pasai pa?

 

  1. PUTRA

Ye laaa….warrior kan pernah hilang dulu,,,kami jumpa dia pun dalam hutan kampung sebelah tu tempat favorite dia…

Jadi Putra pasti dia ada dlm hutan tu…

 

  1. PAK MAT

Sepatutnya Putra kena mai bagitau Pak Mat…bukan masuk sorang2…Putra tu budak lagi…bukan boleh bawa warrior tu keluar sorang2…..

 

  1. AIDIL

Lepaih tu..lepaih tu

 

  1. PUTRA

Lepaih tu….Putra masuk dalam hutan tu…..tapi Putra dah letak jejak untuk keluar balik…mana tau sebab cuaca hujan..habis jejak putra hilang…Warrior pun bukan ada dalam sangat…dia lari masuk hutan sebab takut guruh…

 

185 : HELMI

Pandai pulak si warrior tu kan…..

 

  1. PAK MAT

Dah laa…..lanie Putra kena ambil pengajaran dari apa yang berlaku….lain kali jangan buat apa2 sorang-sorang…minta tolong orang yang lebih tua…

Nasib baik jumpa Putra sebelum raya…kalau tak..pakat tak raya la kami semua…

 

  1. FIFI

Betoi kata Pak Mat tu….Lain kali kena minta tolong orang lebih tua..lepaih nie Putra kena ikut abang Fifi balik KL sampai Tok Wan balik haji

 

  1. PUTRA

Tak mau laaaa….Dok KL tak best….lagi pun kat sini Putra ada Kak Azie….

 

  1. FIFI

Sapa kak Azie….Sapa….habaq mai….

 

  1. AZIE

Hishhhhh….tak payah la marah2 Putra dari tadi saya dok dengar….Putra tu sayangkan Warrior tu….atas janji dia dengan Tok Wan dia….lagi pun dia memang ada bgtau saya yang dia nak pi cari Warrior….sya yang lupa habaq kat Ayah saya tu…

 

  1. PAK MAT

Lailahailahlah…awat yang hang tak habaq Azie oiii…

 

  1. AZIE

Nak habaq macam mana….cheq cari sapa sorang tak dak pagi hari kejadian tu….cheq ingat ayah dah jumpa Putra…

Saya nak minta maaf la kat Fifi dan semua sebab tak bagitau yang Putra pi cari warrior.

 

  1. AIDIL

Haaaaa….Pak Mat..anak Pak Mat ka nie? Tak pernah jumpa pun slom nie…hehe

 

 

  1. HELMI

Ulat bulu dah naik daun….yang hang dok sibuk2 tanya nie pasai pa…hang tu muda lagi…tak payah dok kalut…

 

  1. FIFI

Oooo..hat nie yang Helmi dok cerita tu…

 

  1. AZIE

Haaa…cerita apa pulak…

 

  1. PAK MAT

Dah..dah…Nie anak Pak Mat..baru habis belajaq dari U kat KL nie baru 2 bulan balik mai kampung….Nak cari kerja katanya.

 

  1. FIFI

Haaa..pasai keja tak pa bia1 abang Fifi yang tolong carikan..tapi kena ikut abang Fifi pi KL la…Boleh ka Ayah? hehe

 

  1. HELMI

Sekor lagi ulat bulu dah naik daun…..melepaih la aku…

 

  1. PUTRA

Kak Azie jangan layan depa nie…..mengabiskan beras ja…

Jom ikut Putra kita bakar lemang lagi baik…besok kan raya…

 

  1. AZIE

Aa’hh kan…jom laaa….kak Azie pun tengok depa nie macam pelik ja kan….hahaha….

 

  1. FIFI..AIDIL..HELMI

Puttraaaaa……nanti hang….

 

  1. PUTRA

Haaaaa…Larikkkkkk….

 

  1. PAK MAT

(Ketawa)

 

_ TAMAT _

 

 Ini merupakan kertas kerja drama radio yang saya hasilkan…dan banyak lagi hasil mendatang.Tunguuuuuu!!!

 

 

Barisan para pelakon “Kalut Balik Raya”

 

Sesi rakaman yang sedang berlangsung.

 

Kembali