BILIK

oleh Abu Mamu

 

WATAK

SHAKIR

BOB

GHULAM

 

Ketiga-tiga watak sedang berada di dalam sebuah bilik untuk menyiapkan sehelai bendera Jalur Gemilang gergasi, bagi tujuan sambutan hari Kemerdekaan yang ke 61.

 

SHAKIR

Ha, bob hati-hati angkat cat itu, kalau tertumpah atas seluar, susah nak hilang.Ghulam, hey baiya apa buat sana?Tolong sini.

GHULAM

Sikit jam Bos, saya mahu cari berus .

SHAKIR

Tak payah cari, semua ada dekat sini.

BOB

Shakir, kau rasa berapa lama masa untuk kita siapkan bendera gergasi ni?

SHAKIR

Tak boleh nak agak , aku pun first time dapat projek ni.Kenapa?

BOB

Tak ada la, kalau tak sempat siap petang ni, kita sambung esok la ya?

SHAKIR

Kenapa?Kau ada kerja apa-apa ka?

BOB

Ada la urusan sikit, lagi pun kan malam ni malam minggu.Faham-faham la ya.

SHAKIR

Ya lah, aku janji siap atau tak siap, sebelum pukul 7 kita stop ok?Tapi kita kena kerja cepat lah, sebab lagi berapa hari dah nak Merdeka ni.Kalau tak siap bendera ni tak meriah la nanti.

BOB

Kalau tak siap pun, banyak bendera lagi kan ada.Yang tahun lepas punya pun, pakai seminggu saja.Masih elok lagi.

SHAKIR

Itu tak sama,

GHULAM

(dari jauh)Bos ,Bos.Mari sini sekejap!Ada problem.

SHAKIR

Kenapa pula tu?Apa jadi Ghulam?

GHULAM

Ini pintu tak boleh buka la Bos.Dari tadi saya cuba, tak boleh.

BOB

(bunyi menggoncang pintu)Apa?(cuba membuka pintu)Kenapa dia tersekat?

SHAKIR

Cuba kau tarik kuat sikit.

BOB

Paling kuat.Memang tak boleh.Aduh, masalah macam ni.

SHAKIR

Bawa bertenang, sabar.Ini mesti ada orang yang kunci dari luar.

GHULAM

Siapa mahu kunci?Hari ini kan Sabtu, semua cuti.Tak ada siapa dekat banggunan ini Bos.

SHAKIR

Bob, cuba kau telefon Mahmud, mana tahu dia dekat-dekat sini, boleh tolong buka?

BOB

Nak telefon macam mana, telefon aku ada dalam locker luar.Kan kita simpan semua barang tadi sebelum masuk sini?

GHULAM

Ya, Bos saya punya pun sama.Ada dalam locker.

BOB

Hari ini Sabtu, dah petang.Esok Ahad, semua masih cuti.Maksud kata kalau tiada siapa yang datang buka pintu ini, sampai Isnin lah baru kita keluar?

GHULAM

Isnin?Ayoo baiya.Tolong! Tolong!

BOB

Tolong! Tolong! Ada siapa-siapa dengar dari luar?Kami teperangkap.Tolong! Tolong!

SHAKIR

Hey, hey rileks.Jangan menggelabah.

BOB

Tolong!Tolong! Buka pintu ni.

SHAKIR

Hey Bob.Sudah!Aku cakap sudah!..Memang tak ada orang pun dekat luar tu, kau jerit macam mana pun, tak ada siapa yang dengar.

GHULAM

Habis tu macam mana Bos?Tak kan kita nak tunggu saja dekat sini?

SHAKIR

Ya, kita tunggu! Sambil kita tunggu kita siapkan bendera gergasi tu.Jangan buang masa.Ambil berus kau!

GHULAM

Baik bos!Kita sambung kerja.

SHAKIR

Ha, kau Bob?Tak mahu sambung kerja?Termenung apa lagi tu?

BOB

Tak apa, kau buat dulu.

GHULAM

Bos, kita mahu mula mana dahulu?

SHAKIR

Kita mula lakar dulu,lepas tu baru warna.Kau tahu bendera Malaysia tak?Jangan silap lukis bendera Bangladesh pula.

GHULAM

(ketawa kecil) mesti lah tahu Bos, saya sudah 8 tahun tinggal Malaysia.Belacan pun sudah pandai makan.Muka pun sudah jadi Melayu.

SHAKIR

(ketawa) Elok lah tu, nanti kahwin lah orang sini, boleh tinggal sini terus.

GHULAM

Itu dalam perancangan Bos. (gelak gatal).Bos saya mahu tanya sikit.Dari awal saya tengok Bos sangat bersemangat nak siap kan projek ini, kenapa?Projek ini dapat banyak duit ka?

SHAKIR

Kalau cakap pasal duit, memang aku tak dapat apa.Silap-silap duit poket aku sendiri yang keluar.Tolak modal beli barang, bayar upah kau, tak ada apa sangat yang aku dapat.

GHULAM

Habis tu, untuk apa bos bersungguh-sungguh sangat?Kenapa tak print saja bendera ini?Kenapa perlu buat dengan tangan?

SHAKIR

Kau tak faham, dan kau tak akan faham.

GHULAM

Cerita la, lagi pun kita ada banyak masa dalam ni.Sampai hari Isnin Bos boleh cerita.Cerita- cerita saya mahu dengar.

SHAKIR

Patriotik.Ini semua sebagai tanda patriotik aku.

GHULAM

Apa itu?

SHAKIR

Aku tak pandai nak bersajak, aku tak berpeluang nak berperang melawan musuh negara.Semua nya dah jadi sejarah.Aku pun tak ada apa-apa keistimewaan yang boleh bagi harum nama negara kita.Aku hanya pandai melukis dan mewarna.Yang ni saja la yang aku mampu buat untuk negara aku.

GHULAM

Saya rasa, Malaysia banyak untung sebab ada orang macam Bos.

SHAKIR

Kau jangan puji lebih- lebih.Gaji kau tetap sama.

GHULAM

Baru mahu cuba minta gaji lebih sikit.Bos sudah tahu. (Shakir & Ghulam ketawa)

BOB

Kau berdua ketawa, seronok seolah-olah tak ada apa yang terjadi kan?

GHULAM

Kenapa baiya?Apa yang jadi?

BOB

Apa yang jadi kau tanya?Sedar tak kita teperangkap sekarang ni?Kita terkurung dalam ni.

GHULAM

Sabar lah, nanti mesti ada orang buka pintu tu.

BOB

Nak sabar sampai bila?Kita nak makan apa?Minum?Kau nak minum cat tu?Nak tidur sini sampai hari isnin?

SHAKIR

Ini semua dah tertulis Bob, mesti ada hikmah nya kan?Sabar.

BOB

Ini lah orang kita, bila susah sikit, takdir.Semua nak salah takdir.Sampai tak mahu usaha apa pun.

SHAKIR

Habis?Kau nak suruh aku buat apa?Letupkan pintu tu?Pecahkan tingkap lepas tu terjun dari tingkat 5 ni?Macam tu?

BOB

Ah, alasan saja semua tu.Menyesal aku ikut kau hari ni.Aku dah janji dengan kawan-kawan nak main snooker hari ni.Aduh.

SHAKIR

Oh, jadi sebab snooker lah, kau jadi tak tentu arah macam ni?Sebab snooker?

GHULAM

Sudah lah bos, jom kita sambung kerja.

Ketiga-tiga mereka terdiam untuk seketika.

GHULAM

Bos, sambung la cerita tadi.

SHAKIR

Apa lagi yang kau nak tahu?

GHULAM

Cerita pasal bendera.

SHAKIR

Setiap yang terlukis dan terwarna di bendera ni.Ada maksud nya.Merah ada maksudnya, putih pun ada maksudnya.Anak bulan yang sedang kita lukis ini, melambangkan Islam sebagai agama Persekutuan.Jalur -jalur yang melintang itu pula mewakili setiap negeri yang ada di bumi Malaysia ini.

GHULAM

Oh, saya ingat semua ini saja-saja dia orang lukis.

SHAKIR

Mana boleh saja-saja Ghulam.Kamu tahu apa nama bendera yang kita lukis ini?

GHULAM

Bendera Bangladesh pun saya tidak tahu, ini kan pula bendera Malaysia.

SHAKIR

(ketawa kecil) Bendera ini dinamakan dengan Jalur Gemilang.Kalau kamu nak tahu, asal nya bendera ini bukan macam ni.Bukan yang macam kita sedang siap kan ni.

GHULAM

Dulu bendera Malaysia macam mana?Warna hijau macam bendera Bangaldesh ka?

SHAKIR

Tak ada la sampai warna Hijau.Kalau kamu nak tahu, asal nya begini.Pada tahun 1949 , 8 tahun sebelum negara ni merdeka , mereka Raja-raja Melayu sudah pertimbang untuk hasilkan satu bendera untuk negara ini.Lalu dari situ, di buat lah satu pertandingan mencipta bendera.Maka ramai lah yang sertai dan hantar karya masing-masing.

GHULAM

Jadi maksudnya, bendera Malaysia hari ini, adalah pemenang bagi pertandingan cipta bendera itu lah ya?

SHAKIR

Tak juga.Kalau ikut kan karya dari pemenang pertandingan itu, jalur yang asal nya bewarna biru dan putih, bukan merah , putih macam sekarang.Dan, jalur tu juga cuma 11 jalur.Tapi sekarang kalau kamu kira, jalur nya 14.Bendera yang kita lukis sekarang ini, dah berubah beberapa kali semenjak dari tahun 1949.

GHULAM

Oh, tapi Bos belum jawab kenapa bendera ini ada nama lain?

SHAKIR

Pada tahun 1995 Perdana Menteri Malaysia waktu itu, telah membuka ruang kepada orang-orang kerajaan yang ingin memberi nama kepada bendera Malaysia.Dan kemudian banyak lah nama yang diterima,setelah ditimbang selama lebih 2 tahun baru lah nama yang sesuai di jumpa.Malam sambutan merdeka waktu tu, Perdana Menteri pun umum , nama bendera Malaysia akan mulai di gelar Jalur Gemilang.

 

GHULAM

Wah!Tapi Bos, kenapa perlu ada nama untuk bendera.

SHAKIR

Bendera bukan setakat bendera.Bendera bukan setakat sehelai kain yang mati.Bendera jadi lambang kemegahan rakyat nya.Dia satu yang besar, menjadi panji untuk semua yang bernaung di bumi Malaysia ini.Dan bukan Malaysia sahaja, yang ada nama untuk bendera.

GHULAM

Negara lain pun ada gelaran untuk bendera masing-masing?

SHAKIR

Ya,di Indonesia bendera mereka di gelarSang Saka Merah Putih.Di United Kingdom pula mereka panggil Union Jack.Kebanyakkan negara, ada gelaran untuk nama bendera mereka.

GHULAM

Apa nama untuk bendera Bangladesh?

(bunyi hentaman kuat,dari arah pintu)

SHAKIR

Eh, apa kau buat tu Bob?Bawa mengucap.

BOB

Arghh..ke tepi kau.Aku dah tak sabar lagi, aku nak pecah kan pintu ni.
SHAKIR

Sabar, sabar.Kau nak pecah kan macam mana, pintu tu tebal, bukan nya nipis.

BOB

Aku tak kisah!Apa cara sekali pun aku nak pecah kan juga.Aku nak keluar.

GHULAM

Pintu tu tak boleh pecah Bos, jangan dipaksa.

BOB

Kau diam.Berani kau nak tegur aku, kau tak sedar diri, dah la kau tu orang luar.Kau ingat aku tak dengar kau bodek Bos tadi?

SHAKIR

Apa kau cakap ni?

BOB

Sudah lah Shakir, aku dah muak dengar cerita-cerita bendera kau ni.Tiap-tiap tahun bulan Ogos, cerita ni saja lah yang kau asyik ulang-ulang.Semak aku dengar.

SHAKIR

Jadi selama ini kau tak suka lah , bila aku cerita tentang bendera, tentang patriotisme?

BOB

Memang aku tak suka, aku meluat.Kau nak patriotik apa benda lagi?Negara kita dah lama merdeka.Kau punya cakap, macam orang tua-tua tahu tak?Bosan aku.

GHULAM

Bos, sekarang u tengah marah.Jangan lah cakap lagi, takut nanti akan sakit kan hati orang.

BOB

Peduli apa aku?Aku menyesal datang sini hari ini.Sebab bendera bodoh ini, aku teperangkap.Sudah lah nak untung tak banyak mana pun.Dah jadi macam ni pula.Bodoh punya bendera.Arghh..

SHAKIR

Diam kau Bob!Diam!Kalau kau tak puas hati dekat aku, aku tak kisah, tapi jangan berani kau panggil Jalur Gemilang ini bendera bodoh.Bangsat kau!

BOB

Memang bendera ni bodoh!Kau tengok , aku pijak bendera ni.Agh.

SHAKIR

Bob, kau dah melampau.(mereka berdua bertumbuk)

GHULAM

Bos, sudah sudah.Itu Bob sudah teruk, kesian sama dia.Cukup, Bos.Bawa besabar!Bos dua orang tak malu ka?Macam budak-budak mahu gaduh.Saya minta maaf, kalau saya cakap.Memang saya bukan orang sini.Saya sedar saya ni pendatang.Tapi awak Bos tak patut buat macam tu, tak patut hina bendera negara awak sendiri.Awak mesti syukur.Awak tahu berapa susah orang-orang macam saya mahu datang sini kerja.Negara saya tak senang macam awak punya negara.Awak sini boleh happy, makan senang.Kerja pun senang.Tak ada gaduh.Awak mesti bangga sama negara awak.Mesti happy dengan bendera awak.

SHAKIR

Ya, aku pun minta maaf lah, kalau terlebih pukul kau tadi.Tapi kau memang patut di ajar, supaya kau tidak kurang ajar.Kau tahu macam mana sayang aku dekat bendera?Kalau kau tak boleh sayang dekat bendera, dekat negara seperti apa yang aku buat, sekurang-kurang nya, jangan lah kau hina dia.

GHULAM

Sudah lah Bos, mari kita salam, lagi pun kan kita saudara muslim juga.Jangan gaduh-gaduh lagi.

SHAKIR

Nanti, sebelum tu aku nak tanya kau Bob.Kau tahu kan antara sebab lain, kenapa aku dan bendera Jalur Gemilang ni sangat sensitif?Kau ingat lagi cerita tentang apa yang jadi dengan arwah bapa aku?Masa tu sambutan hari kemerdekaan yang ke 35.

BOB

Masa tu hari sambutan kemerdekaan yang ke 35.Bapa kau antara orang-orang yang berjuang dalam menuntut kemerdekaan pada waktu dia muda.Selepas merdeka bapa kau menjadi obses dengan bendera, sampai kan semua orang kampong cakap dia gila.Aku ingat lagi, waktu kecil dulu, rumah kau yang paling unik dan lain dari yang lain.Rumah kau warna bendera.Ada satu hari tu, masa aku pergi rumah kau untuk ajak kau main bola, bapa kau panggil aku masuk dalam dulu.Lepas aku masuk, betapa terkejut nya aku, bila nampak dalam rumah kau pun di cat dengan warna bendera.Aku ingat luar saja.(ketawa kecil)Esok bila di sekolah, aku canang dekat semua kawan-kawan.Bila kau malu, kau pukul aku, macam kau pukul aku tadi.

SHAKIR

Masa sambutan hari kemerdekaan yang ke 35.Tahun 1987, seperti biasa bapa aku orang yang paling teruja untuk sambut perayaan itu.Seminggu sebelum tu, dia masuk ke hutan untuk mencari batang buluh .Buluh yang dia cari, buluh yang besar, yang panjang.Kebetulan waktu tu, aku demam.Mak aku tak bagi ikut bapa aku yang sememangnya tengah semangat.Dia tak pernah kisah, apa orang cakap.Dia sanggup habiskan gaji dia yang tak seberapa tu, asalkan dia boleh buat bendera gergasi sendiri dan pacak atas pokok depan rumah kami.

BOB

Dan selepas 3 hari bapa kau masih tak pulang-pulang.Orang kampung termasuk bapa aku bertungkus lumus, masuk ke hutan untuk mencari bapa kau.Macam-macam cerita yang dia orang buat waktu tu.Konon nya bapa kau di larikan bunian.Tapi selepas beberapa hari,

SHAKIR

Ya, selepas beberapa hari , usaha mencari berhasil.Bapa aku telah ditemui.Tetapi bukan dalam keadaan bernyawa lagi.Dia dah mati. Kaku.Muka dia jadi hitam.Badan dia pun dah mula berbau.

BOB

Ya, bapa kau disyaki telah dipatuk ular,ular yang dekat dengan pokok buluh yang belum dia sempat tebang itu.Aku ingat Shakir, aku ingat semua cerita tu.Kita berkawan bukan baru.

SHAKIR

Kau tengok, betapa sayang nya arwah bapa aku dekat negara, sampai nyawa dia pun terkoran semata-mata untuk siapkan sehelai kain yang bernama Jalur Gemilang.Sebab tu, kalau kau tanya aku apa lambang cinta kasih aku pada negara dan pada bapa aku.Aku akan jawab bendera lah jawapan nya.Itu yang bapa aku ajarkan dari aku kecil.

BOB

Shakir, aku minta maaf, aku tak patut buat macam tu tadi.Aku tak patut pijak bendera tu.Aku terlalu ikut kan nafsu.

SHAKIR

Aku pun sama, aku tak patut pukul kau untuk kali kedua disebabkan bendera.

GHULAM

Kali kedua?

SHAKIR

Ya lah, u tak dengar ka kita cerita panjang-panjang tadi?Dulu waktu kecil pun saya pernah pukul dia disebabkan isu bendera juga.

Mereka tertawa bersama.

GHULAM

Habis sekarang kita nak buat apa bos?

BOB

Kita siapkan bendera ini.

SHAKIR

Kau ok ka?

BOB

Aku ok.Aku tak kisah, kalau kau nak suruh tunggu sampai Jumaat depan untuk siap kan bendera ni pun aku tak kisah.

GHULAM

Patut lah, Bos boleh tahu semua cerita sejarah tentang bendera, rupa-rupa nya Bos dan bendera Malaysia ini, ada sesuatu pertalian yang luar biasa.

BOB

Itu yang kau dengar tadi semua tu baru sikit saja, kalau kau borak lebih lama, dia boleh siap cerita kau nama nama peserta yang menyertai pertandingan cipta bendera ini.

GHULAM

Wow, betul kah bos?Sedalam itu pengetahuan Bos tentang bendera?

SHAKIR

Tak adalah, kau jangan percaya sangat dengan Bob ni.

Pintu telah dibuka dari luar.

GHULAM

Ha, itu pintu sudah terbuka.Nanti saya pergi tengok ya.

BOB

Kau pergi dulu, Shakir, aku betul-betul minta maaf tahu pasal tadi.Jangan simpan dalam hati ya?

SHAKIR

Tak mengapa, aku dah maafkan.Kau jangan fikir lagi.

GHULAM

Nasib baik Security yang buka, dia cakap dia dengar bunyi bising tadi.Baru dia tahu ada orang di dalam.

SHAKIR

Elok lah, dah nak malam ni.Jom kita balik dulu.

BOB

Jangan , jangan balik lagi.Kita siap kan bendera ini malam ini juga.

SHAKIR

Pasti?

BOB

Ayuh!

GHULAM

Mati lah!

 

-tamat-

 

dari Kiri Belon Laporpo,Shazlee Ekzos,Abu Mamu dan Zam Ciut

 

 

Kembali