Biodata DJ Azie Mutiara FM

Noorazizah Bt Hj. Ibrahim (PJK) atau DJ Azie memulakan kerjaya sebagai Penyampai Radio pada 16 Februari 2011, di Jabatan Penyiaran Malaysia Pulau Pinang (MUTIARAfm).

Di anugerahkan Pekerja Cemerlang pada tahun 2012. Menjadi Pengacara Majlis Penganugerahan Darjah Kebesaran bintang dan Pingat kehormatan Negeri Pulau Pinang selama 3 tahun berturut-turut, dan menghoskan program di radio seperti slot DJ Corner ,Chalo Bolly, Kembara Cakerawala dan Gegaran Muzik Rock di stesen radio MUTIARAfm.

Banyak melibatkan diri di dalam program-program luar seperti menjadi Pengacara untuk jualan Fareeda Pulau Pinang. Voice Over untuk iklan-iklan Radio, menyumbangkan Suara bingkisan dari Pulau Pinang untuk Program Selamat Pagi Malaysia, Membaca Berita Radio, menulis skrip drama radio, temubual artis-artis Popular Tanahair dan terlibat dalam apa jua program luar.

Program ’DJ CORNER’ Menceritakan tentang pengalaman seorang Deejay yang menjalankan tugas di Majlis-Majlis Perkahwinan, Ekspo ,Karnival sama ada secara Formal atau pun tidak formal.

Peluang diberikan kepada mereka dan menjemput mereka ke konti bagi merasai sendiri ke udara bersama-sama penyampai radio MUTIARAfm dengan berkongsi bidang yang di ceburi.

Perlu diingatkan mereka ini hanyalah DJ Jemputan yang dijemput ke udara bersama-sama,mereka dipilih berdasarkan pengalaman,kredibiliti,dan mempunyai rekod yang bersih untuk bersama-sama MUTIARAfm keudara selama 1 jam.

Rancangan ‘DJ CORNER’ juga memberi peluang kepada penyampai otai RTM untuk menceritakan pengalaman mereka sewaktu bertugas dahulu.Supaya boleh dijadikan satu perkongsian berguna kepada bakat-bakat baru.

Rancangan ‘DJ CORNER’ telah memberi impak positif kepada MUTIARAfm dan Deejay yang ke udara.

MATLAMAT  :

Program ini dianjurkan bertujuan untuk berkongsi pengalaman dan merapatkan hubungan silaturahim antara Penyampai radio MUTIARAfm, Deejay luar dan pendengar. Mendedahkan Deejay luar tentang keadaan di dalam konti dan cara bagaimana Juruhebah menangani segala masalah yang berlaku ketika ke udara.

Menarik lebih ramai pendengar mengikuti siaran MUTIARAfm.

Rancangan ‘DJ CORNER’ juga dapat memberi peluang kepada Deejay di kawasan Utara merasai satu pengalaman penuh  bermakna ke udara di Stesen Radio di samping memupuk persaingan sihat antara mereka.

OBJEKTIF  :

Menarik pendengar baru dan menghargai pendengar sedia ada dan meraikan mereka.

Merapatkan hubungan dan kemesraan antara juruhebah Mutiarafm dengan pendengar dan masyarakat setempat.

Memperkenalkan dan mempromosikan rancangan & program mutiarafm secara langsung dan dekat dengan pendengar.

Menghargai pendengar dan masyarakat setempat dengan membawa juruhebah turun padang bermesra bersama mereka dengan konsep  memberikan maklumat dan hiburan.

Menyatukan sahabat Mutiarafm

SIARAN DJ CORNER – 2015

Bermula pada tahun 2015 dengan memperkenalkan DJ-DJ Jemputan ke udara bersama-sama menceritakan tentang pengalaman ketika mereka bertugas di rumah kenduri,kerana pengalaman mereka memang sukar dirasai oleh DJ yang berada di konti Radio.

Pada tahun 2015 sebanyak 24 orang DJ Jemputan telah ke udara menceritakan pengalaman masing-masing. Siaran DJ Corner ketika itu bersiaran pada hari sabtu setiap minggu Petama dan Ketiga.

Pada awal permulaan rancangan ini ramai peminat dan DJ luar yang ingin turut serta untuk ke udara bersama-sama.Tetapi oleh kerana slot penuh dan mendapat sambutan ramai rancangan ini telah di teruskan pada tahun 2016.

Tahun pertama rancangan DJ Corner telah mendapat tajaan T-Shirt daripada FAREEDA,Kepala Batas.

SIARAN DJ CORNER – 2016

DJ Corner Tahun 2016 diteruskan dengan menjemput lagi DJ kawasan Utara untuk bersama-sama berkongsi pengalaman dan cerita kisah suka duka ketika mereka bertugas di rumah kenduri,Karnival,Pesta, dan sebagainya.

DJ Corner ketika ini berkenalan dengan DJ yang baru dan berkongsi topik semasa.

Untuk komitmen dan tanggungjawab DJ-DJ yang bersama-sama dlm Rancangan ini,Penerbit telah memutuskan untuk mengadakan Pertandingan Mr/Mrs DJ CORNER bagi tahun 2017.

SIARAN DJ CORNER – 2017

Tahun 2017 DJ Corner di teruskan dengan mencari Mr/Mrs DJ CORNER pencarian 12  yang terbaik untuk digandingkan dengan DJ yang baru bagi tahun 2018.

Pemarkahan akan diberikan ketika mereka ke udara bersama-sama Penerbit DJ Corner dalam pencarian ini.

Rancangan ke udara setiap Sabtu pada minggu Pertama dan ketiga  jam 12.00 hingga 1 Tengah Manakala pada Minggu kedua dan keempat pada jam 11.00 hingga 12.00 tengah hari.

Jika ada minggu kelima ianya bermula pada jam 12.00 hingga 1.00 tengah hari.DJ CORNER musim ke-3 adalah satu pertandingan pencarian Mr/Mrs DJ CORNER.

Ianya terbuka kepada DJ yang telah bersiaran dalam rancangan DJ CORNER sahaja.Mereka ini telah ke udara pada tahun 2015 dan 2016 akan di jemput ke konti sekali lagi ke udara bersama penerbit dan berbual tentang satu topik berkaitan hal ehwal semasa dan sebagainya.

Di samping itu kolaborasi antara Penyampai Radio di konti dan DJ di lokasi  Majlis juga akan di war-warkan di mana siaran MUTIARAfm akan dipasang di lokasi Majlis selama sejam siaran ke udara.


SIARAN DJ CORNER – 2018

Pada tahun 2018 DJ Corner kembali atas permintaan ramai,kali ini jemputan ke atas 12 orang DJ baru dan DJ yang telah terpilih dalam Pertandingan Mr/Mrs DJ Corner 2017.

mereka adalah DJFizz, DJAtok, Kpah, DJZaidi, DJOss, DJFifi, DJWan Bermadah, DJ Zam, DJPak Ngah, DJKaza, DJMael dan DJHafiz.

Dan beberapa orang DJ Otai yang diberi penghormatan untuk ke udara sekali lagi mereka adalah DJShake,DJEddy dan DJParklong.

Geng DJ Corner kini mempunyai ahli seramai 57 Orang.


PERANCANGAN DJ CORNER – 2019

Perancangan DJ Corner tahun 2019 untuk mengabungkan semua DJ Utara yang pernah bersama-sama dalam Slot DJ Corner ini dan mengabungkan Program yang sama yang dijalankan di Perlisfm.

Nantikan Kemunculannya.

l

Anda yang ingin menyumbangkan artikel, rencana, info atau perkhidmatan yang ditawarkan untuk dikongsikan bersama, boleh gunakan ruangan yang disediakan. Bahan yang anda sumbangkan akan dipaparkan dalam kategori pilihan.

Guest Submission Post

9+2=